Cari Tajuk Yang Di Cari

Sabtu, 20 Oktober 2018

Budak jual biskut depan kedai ganja

Budak jual biskut depan kedai ganja
Elina menyasarkan orang ramai yang beratur panjang di sebuah kedai menjual ganja di pusat bandar Edmonton.
OTTAWA - KANADA. Taktik seorang budak perempuan menjual biskut semasa orang ramai beratur panjang di sebuah kedai ganja di pusat bandar Edmonton membuahkan hasil lumayan, apabila kesemua hasil jualannya habis dalam tempoh kurang 45 minit.
"Perkara seumpama itu tidak pernah berlaku kepada Elina," kata Sean Childs bapa kepada kanak-kanak berusia sembilan tahun itu.

Katanya, sebelum ini biskut Elina gagal mendapat sambutan, malah pernah digigit seekor anjing ketika menjual biskut di kawasan kejiranan mereka.

"Menjual biskut adalah sebahagian aktiviti untuk Elina sentiasa sibuk dan aktif memandangkan dia menghidap penyakit paru-paru fibrosis sista," katanya.

"Saya fikir tiada masalah untuk habiskan semua 30 kotak biskut kerana orang ramai beratur panjang semata-mata mahu mendapatkan ganja," katanya.Tambah Sean, rancangan untuk menjual biskut di hadapan kedai ganja Nova Cannabis terlintas di mindanya selepas kerajaan Kanada membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi pada Rabu lalu.

Rabu lalu, Kanada menjadi ekonomi utama dunia pertama dan negara kedua membenarkan penggunaan ganja secara rekreasi.

Perdana Menteri Justin Trudeau mempertahankan langkah itu sebagai usaha melindungi golongan muda dan bertujuan menyekat kegiatan pengedaran dadah. - Agensi

Sabtu, 8 Julai 2017

Dr Mahathir sokong Anwar jadi PM

Mahathir sokong Anwar jadi PM
    SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan beliau kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri sekiranya mendapat pengampunan diraja.

    Selasa, 4 Julai 2017

    Legasi Anwar dalam politik baru

    Legasi Anwar dalam politik baru
      PADA 17 Jun 2017, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau tidak menawarkan diri sebagai calon perdana menteri dalam PRU14. Ramai sedih mendengar pengumuman tersebut. Tetapi, mereka memahaminya. Pengumuman itu menunjukkan bahawa Anwar negarawan, bukannya sekadar ahli politik.  

      Namun, Anwar tetap calon PM nombor satu PH. Mungkin bukan untuk kali ini. Tetapi, dalam politik, tidak ada yang mustahil.

      Pengumuman tersebut tepat pada masanya. Ia memberi laluan untuk pimpinan PH memuktamadkan struktur organisasinya bagi tujuan pendaftarannya, dan dalam masa terdekat, iaitu seperti yang dicadangkan ramai, menamakan calon PM yang menunjukkan kita bergerak ke hadapan.

      Di samping itu, saya tertarik dengan sepotong ayat dalam kenyataan Anwar itu – “mengusung idea politik baru”. Ini kerana saya menulis dua buah buku tentangnya: Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia (2008) dan New Politics 2.0: Multiracial and Moderate Malaysian Democracy (2017).

      Sabtu, 6 Mei 2017

      PRU14: Tsunami Mahathir akan berlaku, kata penganalisis

      Dr Mazlan AliDr Mazlan AliPerdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berhadapan waktu getir untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke -14 masuk penggal ketiga pemerintahannya kali ini kerana bakal berhadapan dengan 'tsunami Mahathir', kata penganalisis politik Dr Mazlan Ali.
      Pensyarah Kanan dari Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, ini kerana kerajaan Umno-BN berhadapan tentangan kuat dikalangan orang Melayu yang menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini menyertai gabungan Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah untuk menolak kerajaan BN.
      Beliau menjangkakan waktu paling kondusif pilihan raya umum akan diadakan pada Ogos atau September tahun ini dan waktu efektif pada Mac 2018.

      Jumaat, 3 Mac 2017

      Tak malu mengaku sudah bersetubuh!

      Tak malu mengaku sudah bersetubuh!

      KUALA TERENGGANU - Seorang janda anak dua bukan sahaja mengaku menempah hotel semata-mata untuk melampiaskan nafsu bersama kekasihnya, tetapi tanpa segan silu mengaku sudah pun melakukan hubungan seks sebelum bilik berkenaan diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Selasa lalu.

      Dalam serbuan di sebuah hotel di bandar raya ini, kira-kira jam 1.20 petang, wanita berusia 38 tahun memaklumkan sudah mengenali kekasihnya yang juga seorang warga asing, 24, selama enam bulan kerana mereka bekerja di tempat sama.

      Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, hasil siasatan wanita itu mendakwa datang dari Ajil, Hulu Terengganu ke bandar raya ini bersama kekasihnya dengan ditemani kawan sekerjanya yang lain.

      Jumaat, 4 November 2016

      Konspirasi BN dalam pilihan raya bakal terbongkar

      Azmin Ali
      Azmin Ali

      SHAH ALAM - Pelantikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Naib Presiden Bersatu dijangka dapat membantu mendedahkan konspirasi BN dalam pilihan raya sebelum ini.

      Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menerusi pelantikan itu, beliau percaya penipuan dilakukan BN dapat didedahkan kepada semua.

      [ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu umum senarai penuh MPT]

      Selasa, 23 Ogos 2016

      Digelar Jutawan Muda, Inilah Komen Mengejutkan Neelofa Bikin Orang Tercengang!

      Neelofa 1

      Pelakon dan juga pengacara terkenal Meletop, Neelofa yang kini mempunyai jenama tudung sendiri iaitu Nealofar menjadi pilihan hijabi di Malaysia. Malah, ini membuatkan netizen mengelarkan dirinya sebagai seorang jutawan muda apabila keuntungan yang diperolehinya sangat lumayan. Bahkan bukan sahaja berjaya menerpa nama dalam industri seni, malah kini Neelofa layak digelar usahawan muda yang berjaya.

      Walaupun sebelum ini, Neelofa Dituduh Ciplak Tudung Orang Lain, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk menceburi dalam bidang perniagaan malah kerja keras beliau ini telah membuahkan hasil. Tidak mengia mahupun menafikan, aktres filem Pilot Cafe ini enggan mengambil pusing apa yang dikatakan terhadap dirinya.

      Jumaat, 22 Julai 2016

      Dulu Jual keropok Lekor, Lepas Jadi Jutawan Ramai 'Anak Anak Ikan' Nak Try


      Bukan mudah untuk berjaya dan mencari keselesaan dalam kehidupan.Tapi bagi janda beranak satu ini nekad untuk mengubah nasib daripada hanya menjual keropok lekor kepada usahawan produk kosmetik sehingga bergelar jutawan sekarang. Tidak semua mereka yang menjual produk kosmetik berjaya tetapi janda yang masih bergetah ini berjaya lakukan dengan menjadi pengedar untuk produk Co-White . Apa yang hebatnya pasal produk ini semuanya ada di Facebook Co-White HQ. 

      Sebenarnya produk ni baru nak viral secara besar besaran tapi wanita tersebut sudah memulakan perniagaan itu lebih awal daripada orang lain. Sangat singkat masa beliau lakukan untuk menjadi pengedar bergelar jutawan! Tapi biasalah bila dah berduit, banyak mata yang memerhati. 

      Tidak ketinggalan golongan 'anak anak ikan' ni mahu hidup di'suap' oleh mereka yang berharta ataupun berduit. Mengakui pernah cuba di try, wanita ini sering menerima banyak mesej daripada media sosial ingin berkenalan dengannya. 

      Tapi baginya semua ini adalah lumrah kehidupan dan membuatkan dia sentiasa berhati hati serta berwaspada kepada mereka yang cuba mengambil kesempatan keatas dirinya. Kredit

       Formula Mudah untuk Menjadi Jutawan Online.

      ANDA ADA RM55.00...

      Sabtu, 16 Julai 2016

      Wanita melayu ini tiba-tiba jadi jutawan hingga digelar Dato Cantik

      Mungkin ramai tidak mengenali Dato Shareen Al-Mashoor, seorang wanita melayu yang memiliki bentuk tubuh badan dan raut wajah yang amat menawan.

      Di Malaysia, beliau terkenal dengan gelaran Dato Cantik.
      Sebelum bergelar jutawan, Dato Cantik pernah melalui fasa-fasa kehidupan yang amat sukar di awal pembabitannya dalam bidang perniagaan kira-kira 16 tahun lalu.
      Beliau pernah memulakan perniagaan dengan modal serendah RM10, namun atas usaha yang jitu dan tidak berputus asa, Dato Cantik akhirnya mengecapi kejayaan yang amat mengagumkan.
      Syarikat Gift pertamanya, PMGIFT boleh dianggap antara syarikat kecantikan paling ulung dan terawal ditubuhkan di Malaysia.
      Tidak terhenti setakat di situ sahaja, beliau kini bercadang untuk membuka satu lagi syarikat kosmetik bertujuan untuk membiayai anak-anak yatim piatu.
      Sesiapa yang rapat dan mengenali Dato Shareen, sudah pasti kagum dan respect dengan kecekalan dan kegigihannya.
      Malah, ada yang mungkin terpikat dan tergoda selepas melihat 31 foto terkini beliau yang begitu mengancam dan menggiurkan di bawah. SUMBER

      Formula Mudah untuk Menjadi Jutawan Online

      P.R.O - fm

      Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

      Catatan Popular P.R.O

      Senarai Blog Geng2