Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 23 September 2013

BERITA SANGAT BAGUS!! UNTUK RAKYAT SELANGOR.... TAHNIAH!!! PENGUNDI SELANGOR

rebat
Rebat Pengangkutan Untuk Kakitangan Awam Selangor
 
SUBANG JAYA 23 SEPT : Seramai kira-kira 21,766 Kakitangan Awam Selangor bakal menerima manfaat daripada rebat pengangkutan awam yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri tidak lama lagi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri akan menyediakan bas pengantara dari stesen rangkaian pengangkutan awam terutama Terminal Bas di Seksyen 1, Shah Alam dan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Seksyen 19, Shah Alam ke Bangunan SUK di bawah Majlis Pengangkutan Awam Selangor yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Katanya, insentif itu akan membabitkan kakitangan awam di Bangunan SUK dan akan diperluaskan kepada kakitangan Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kita merancang untuk memberi insentif ini kepada kakitangan awam negeri supaya penggunaan kenderaan dapat dikurangkan.

“Disamping itu, kita juga dapat membantu menaikkan ekonomi syarikat-syarikat pengendalian bas yang tidak lagi mendapat keuntungan ketika ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett.

Insentif rebat pengangkutan awam kepada kakitangan awam itu termasuk dalam tujuh perlaksanaan Manifesto Pilihanraya Umum Ke-13 Pakatan Rakyat  menerusi Pelan Tindakan Lima Tahun.

mb uni  insentif

Hadiah Anak Masuk Universiti dinaikkan kepada RM3,000





SUBANG JAYA 23 SEPT : Kerajaan Negeri akan menaikkan insentif Hadiah Anak Masuk Universiti dari RM1,000 kepada RM3,000 seorang mulai tahun depan, seiring dengan Belanjawan Selangor 2014.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini.
“Kita mampu meningkatkan insentif ini berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion,” katanya dalam majlis perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.

Skim ini merupakan salah-satu daripada program pro-rakyat dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Hadiah ini diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, untuk memudahkan mereka melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Setakat ini, jumlah direkodkan mencatatkan lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat dari program Hadiah Anak Masuk Universiti itu.

“Sambutan kepada program ini amat membanggakan dan ia ternyata membawa manfaat besar kepada rakyat Selangor,” tegas beliau.

 Selangorku
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2