KUALA LUMPUR 16 MAC: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul
Iskandar Mohd Akin mendesak pihak berkuasa menyiasat bagaimana dadah
dibawa masuk pada konsert ‘Future Music Festival Asia 2014′ yang
berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ini berikutan kes kematian membabitkan enam remaja kerana mengambil
dadah sintetik (methamphetamine) ketika menghadiri konsert berkenaan.
“Saya
minta Menteri Dalam Negeri berikan penjelasan dan tidak boleh berdiam
diri dalam perkara ini. Perlu arahkan segera siasatan menyeluruh
membabitkan semua agensi,” kata Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit
Katil.
Dalam kejadian itu, 6 maut dan 3 lagi kritikal kerana didaapti
mengambil dadah berlebihan. Manakala Bernama hari ini melaporkan, 16
masih dirawat di hospital.
Mereka yang meningggal dunia terdiri daripada empat Melayu termasuk tiga wanita, seorang Cina dan seorang India.
Konsert anjuran Livescape Asia ini dihadiri 85, 000 peminat dan
dijadual berlangsung pada 13 hingga 15 Mac. Penganjur bagaimanapun
membatalkan konsert pada hari terakhir.
Shamsul pada masa yang sama menggesa Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin untuk mengambil tindakan segera kerana isu penyalahgunaan
dadah ini membabitkan golongan muda.
Tambahnya lagi, Kementerian terlibat perlu mengeluarkan panduan rasmi
kepada mana-mana penganjur agar tragedi sama tidak berulang.
“KBS perlu lebih agresif dalam menganjurkan program-program yang
berbentuk hiburan supaya lebih terarah dan sopan agar mesej-mesej yang
murni dan beretika dapat disampaikan dengan lebih efektif,” tegas
beliau.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
2 tahun yang lalu