KUALA LUMPUR 14 JUN: Keluarga mendiang P Balasubramaniam menyaman
sembilan individu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dan isterinya Rosmah Mansor untuk memohon ganti rugi, kerana dipaksa
berada dalam buangan di India selama hampir lima tahun.
Tindakan tersebut diambil selepas penemuan “bukti baru”, kata peguam
keluarga mendiang, Americk Sidhu dalam satu kenyataan medianya hari ini,
lapor Malaysiakini.
Menurutnya, tuntutan itu difailkan susulan terdapat bukti baru yang
mengaitkan urutan peristiwa yang berlaku pada malam 3 Julai dan pagi 4
Julai 2008 dan yang mengaitkan kesemua defendan yang didakwa memainkan
peranan penting dalam melakukan salahlaku terhadap plaintif dan
mendiang.
Antara defenden yang dinamakan dalam tindakan saman itu termasuk adik
Najib, Nazim Razak, peguam Tan Sri Cecil Abraham dan ahli perniagan
Deepak Jaikishan.
Writ saman dan kenyataan tuntutan telah difailkan di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur pada 11 jun lalu. Plaintif dalam tuntutan itu ialah isteri
Bala, AS Selvi dan tiga anaknya.
Keadilandaily
JOM BALIK UNDI JOHOR, UMNO MENANG NAJIB BEBAS?
-
KEPADA RAKYAT JOHOR..
BALIK LA UNDI...
KAMU TAK BOLEH BALIK
UMNO BN AKAN MENANG...
NAJIB AKAN KELUAR PENJARA ...
*https://www.youtube.com/watch?v=u...
Seminggu yang lalu