KUALA LUMPUR - Sekumpulan lelaki bersenjata menembak seorang kelasi
Vietnam dan merompak 16 kelasi sebuah kapal tangki di perairan Pulau
Aur, selatan Johor pada Ahad.
Lelaki yang cedera ditembak di kepala itu kemudian diterbangkan ke hospital di Singapura dan meninggal dunia di sana.
Serangan lanun itu berlaku pada pukul 5.30 pagi semasa kapal yang
membawa muatan asfalt dalam pelayaran dari Singapura ke Vietnam.
Ketua Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim Antarabangsa yang
berpangkalan di sini Noel Choong berkata pihak berkuasa Singapura
menghantar helikopter dan membawa kelasi yang cedera parah itu ke
hospital.
Beliau menasihatkan kapal-kapal supaya mengambil langkah-langkah tegas
dan memantau kegiatan melanun terutama pada sebelah malam dan melaporkan
sebarang serangan kepada pusat itu di Kuala Lumpur untuk berhubung
dengan pihak berkuasa tempatan dan serantau bagi mendapatkan bantuan
segera.
Sinar Harian
CARA DAFTAR SIMKAD TONE WOW TERBARU 2026
-
cara daftar simkad tone wow terbaru 2026 boleh KLIK SINI
2 hari yang lalu
