Foto (hiasan)
SIMPANG – Sebuah keluarga nyaris maut apabila banglo mewah didiami
mereka di Taman Menteri, di sini musnah terbakar, malam kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu turut menyebabkan dua kereta
jenis Mercedes dan Honda serta tiga motosikal iaitu Scrambler, Suzuki
dan Kawasaki, rentung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, ketika
kejadian, terdapat tiga ahli keluarga berada di rumah tersebut.
Menurutnya, bagaimanapun tiga beranak itu berjaya keluar menyelamatkan diri.
“Bomba yang menerima panggilan pada jam 9.56 malam bergegas ke lokasi
kejadian. Api marak dengan cepat dan operasi pemadaman hanya selesai
sepenuhnya pada jam 11.40 malam,” katanya.
Beliau berkata, kesemua mangsa selamat tanpa mengalami sebarang
kecederaan dan buat masa ini siasatan lanjut masih dijalankan bagi
mengetahui punca sebenar kejadian.
“Jumlah kerugian juga masih dalam siasatan,” katanya,
Sinar Harian.
CARA DAFTAR SIMKAD TONE WOW TERBARU 2026
-
cara daftar simkad tone wow terbaru 2026 boleh KLIK SINI
2 hari yang lalu
