Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 17 Jun 2015

Penduduk pasir mas rayu baiki jalan rosak


 Penduduk rayu baiki jalan rosak

PASIR MAS - Lebih 300 penduduk merayu pihak berkenaan supaya segera membaiki jalan di Kampung Kubang Panjang, dekat sini, yang rosak dan tidak lagi selamat untuk digunakan.

Wakil penduduk, Mohd Azhar Abdullah, 43, berkata, pengguna jalan berkenaan terpaksa berdepan keadaan bahaya setiap kali melaluinya terutama pada waktu malam.

Menurutnya, kawasan tersebut gelap dan pengguna jalan mengalami kesukaran untuk mengagak kedalaman lubang yang terdapat pada laluan tersebut.

"Laluan ini merupakan jalan utama bagi penduduk untuk ke kawasan bandar atau ke tempat kerja. Ia turut menjadi laluan utama anak-anak penduduk berulang-alik ke sekolah.

"Saya bimbang jika masalah ini tidak diatasi segera, ia boleh membawa kemudaratan kepada penduduk dan kita tak mahu tunggu berlaku kemalangan baru tindakan diambil," katanya.


Mohd Azhar turut memaklumkan, penduduk kampung terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk membaiki kenderaan mereka yang mengalami kerosakan akibat melalui jalan berlubang.

Seorang lagi penduduk yang ditemui, Muhammad Bakri, 33, memberitahu, dia sentiasa menghadapi kesukaran setiap kali melalui jalan tersebut untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Katanya, masalah jalan rosak itu menyebabkan beberapa pengguna pernah mengalami kemalangan ketika cuba mengelak lubang yang terdapat di sepanjang jalan berkenaan.

"Sampai bila masalah ini akan berlarutan. Saya rayu kepada pihak berkenaan agar segera membaiki laluan ini demi kepentingan masyarakat," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati laluan berkenaan memang mengalami kerosakan teruk dan mampu mengundang situasi bahaya kepada penduduk yang menggunakannya.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2