ALOR GAJAH - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan
merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM13,050 di sebuah rumah
di Kampung Ramuan China, Masjid Tanah di sini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Mohamad Laham berkata berdasarkan
maklumat awam, polis menyerbu rumah lelaki berusia 53 tahun itu
kira-kira 8 malam, Selasa lepas dan menemui 143.3 gram dadah disyaki
heroin dan 12.5 gram dadah jenis syabu.
Beliau berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,630 serta
sebuah motosikal berkuasa tinggi dianggar bernilai RM24,000.
"Suspek dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Masjid Tanah dan
Rembau, Negeri Sembilan sejak tahun 2012," katanya pada sidang akhbar di
sini, hari ini.
Katanya lelaki terbabit turut mempunyai 26 rekod jenayah lampau melibatkan kes samun, rompak dan dadah sejak 1978.
Suspek kini direman tujuh hari bermula semalam.
Sinar Harian.
CARA DAFTAR SIMKAD TONE WOW TERBARU 2026
-
cara daftar simkad tone wow terbaru 2026 boleh KLIK SINI
2 hari yang lalu