KUALA
LUMPUR 10 APR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Johari mendakwa
individu yang menyertai lawatan lima hari Timbalan Perdana Menteri yang
merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai bukan
individu penting dalam Kementerian.
Menurut Zairil, hampir semua individu dalam senarai delegasi ke Abu
Dhabi dari 8 hingga 2 April lalu hanya pegawai yang dilantik atas sebab
politik dan tidak membawa manafaat dalam lawatan kerja tersebut.
“Selain Timbalan Perdana Menteri dan isteri beliau, turut serta
adalah pegawai khas, setiausaha beliau dan enam orang pengawal
keselamatan.
“Tiada seorang pun pegawai kementerian disenaraikan dalam lawatan
tersebut,” kata Zairil pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Petang ini, Pejabat Timbalan Perdana Menteri, menafikan dakwaan
bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin menghabiskan masa lima hari di Dubai
untuk ‘percutian golf’, tetapi dalam rangka lawatan kerjarasmi ke
Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Zairil turut menunjukkan salinan senarai 15 individu yang mengikuti
Muhyiddin dan isterinya ke Muscat, Oman, Abu Dhabi dan Dubai, UAE dari 7
hingga 12 April 2014.
Menurut Zairil, tindakan Timbalan Perdana Menteri itu sangat
bertentangan dengan pengumumam kerajaan yang sebelum ini telah
mengumumkan 11 langkah penjimatan yang bakal dilakukan oleh kerajaan.
“Ini satu bentuk pembaziran oleh kerajaan. Tambah lagi, wujud dakwaan
mereka berlepas kesana dengan pesawat khas serta tinggal di hotel
mewah.
“Sektor awam diminta mengamalkan penjimatan, namun perkara serupa tidak dilakukan Menteri.
” Malah ada laporan mengatakan lawatan kerja tersebut lebih banyak
dihabiskan dengan bermain golf, majlis makan malam dan program
peribadi,” jelasnya.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
2 tahun yang lalu