Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 28 April 2014

Majlis Pakatan didesak selesai segera isu hudud

 

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Teo Kok Seong  hari ini mendesak Majlis Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat supaya bertindak pantas untuk menyelesaikan isu perlaksanaan hudud di Kelatan agar dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan.

Katanya, Pakatan yang dianggotai tiga komponen parti - PKR, PAS dan DAP - mendapat sokongan kerana manifesto bersama dan dasar bersama yang dipersetujui ketiga-tiga parti itu, dapat diterima majoriti rakyat Malaysia.

"51 peratus pengundi di Malaysia memberi sokongan dan mandat kepada Pakatan Rakyat dengan 89 ahli Parlimen  mewakili suara mereka di Dewan Rakyat," kata Teo yang juga ahli Parlimen Rasah dalam satu kenyataaan.

"Selain itu, sokongan rakyat terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat telah berjaya membolehkan Pakatan mempertahankan kerajaan Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

"Saya amat yakin semangat bermuafakat di antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan dapat menyelesaikan segala perbezaan fahaman serta pandangan," katanya..

Pada masa yang sama, katanya, Pakatan seharusnya menumpukan kepada usaha menyelesasaikan masalah ekonomi dan sosial yang sudah semakin parah ketika ini.

"Apatah lagi kelak apabila GST dilaksanakan. Saya tak dapat membayangkan bebanan hidup rakyat ketika itu sedangkan kita sesama sendiri berbalah hal hudud.

"Seharusnya ketika ini kita mencari titik penyatuan,bukan perbezaan.

"Jangan kita lupa, BN ditolak majoriti rakyat Malaysia kerana mereka gagal menepati janji mereka. Maka adalah wajib bagi Pakatan Rakyat untuk terus berusaha demi menunaikan janji-janji yang telah kami tawarkan.

"Akhir sekali, kenyataan Sdr Lim Kit Siang pada 24 April 2014 haruslah dijadikan rujukkan dan juga peringtan yang penting kepada kita semua," tambahnya.


MalaysiaKini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2