KUALA LUMPUR 9 APRIL: Ketika rakyat berjimat cermat berikutan
pelbagai kenaikan kos, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin bermewah-mewah membazirkan wang rakyat untuk bermain golf di
Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim membangkitkan perkara ini susulan dokumen bocor di blog ‘peniup wisel‘ yang memuatkan jadual Muhyiddin di negara itu.
Beliau berkata, lawatan kerja lima hari Muhyiddin ke Dubai mulai
semalam lebih banyak dibazirkan dengan aktiviti golf berbanding urusan
kerja, mengakibatkan pembaziran wang rakyat selaku pembayar cukai.
Ini berikutan tugas rasmi Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan hanya antara jam 10 pagi hingga 1 petang hari ini, 9 April.
“Jadual lawatan kerja Muhyiddin ke Dubai kononnya menghadiri pameran
Pendidikan dan Latihan Teluk (Getex) 2014 diisi dengan program peribadi
dan menghabiskan masa dengan acara golf.
“Beliau habiskan lima hari di Dubai untuk tiga jam program rasmi
berkaitan pendidikan, 10 jam di padang golf dan dua hari untuk program
peribadi,” kata Steven pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari
menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan telah menerima peruntukan
terbesar sebanyak RM54 bilion dan dibelanjakan secara tidak tentu hala.
Beliau membidas penyaluran peruntukan tersebut yang sepatutnya lebih
kepada soal pendidikan bukannya untuk percutian mewah dengan pakej
bermain golf.
“Kami gesa Kementerian Pendidikan dan Ketua Audit Negara memberikan
penjelasan dan siasat bukan sahaja lawatan ke Dubai malah mana-mana
perjalanan Muhyiddin yang lain,” tegasnya.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
2 tahun yang lalu