SolidaritiAnak
Muda Malaysia (SAMM) mengajak semua mengambil serius dapatan dari
kajian terbaru Merdeka Centre berkenaan isu kehilangan pesawat MH370.
Dalam respon kepada soalan sama ada responden menyangka Putrajaya
jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden
berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat. Selepas lebih lima minggu
pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai
Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu.
Kali ini, responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar
bersatu dalam mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan
maklumat berkenaan MH370.
Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut
etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di
Semenanjung Malaysia.
Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen.
Malah dapatan survey yang sama mendapati ekoran dari peristiwa MH370 lebih 45% rakyat mula hilang keyakinan terhadap Putrajaya.
SAMM pada 4 April 2014, jam 9 pagi melalui kenyataan media telah
dengan tegas menggesa Perdana Menteri, Najib Razak agar bercakap benar
di depan rakyat. SAMM dan majoriti rakyat mula sedar kes kehilangan
MH370 ini bukan kemalangan trajedi biasa sebaliknya satu kes rampasan
pesawat melibatkan pertembungan kuasa besar dunia dan semua termasuk
Malaysia menjadi mangsa.
SAMM sedar Najib sedang tersepit dalam pertembungan kuasa besar.
Najib sedang berusaha menyelamat keadaan sebaliknya dia tidak sedar
dengan tidak bercakap benar kepada rakyat sendiri akan menyebabkan dia
terus tersepit lebih teruk malah meletakkan negara lebih berisiko.
Najib dan para pengampu harus berhenti bersikap negatif dengan
menyifatkan semua yang memberi pendapat bercanggah sedikit dengan skrip
beliau dilihat sebagai tidak patriotik dan harus dihukum termasuk
dibuang kerakyatan.
Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana
ia berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita
agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ?
Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan.
Malah watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut
sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.
Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap – cakap negara
lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat
tersebut tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk
Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula.
Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit permainan politik kuasa besar dunia ?
Najib,
ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana
kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat
negaranya. Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana
kelemahan kamu mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu
berselindung.
Bercakap benarlah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu membaca skrip
tulisan pihak lain seperti ‘ia berakhir di Lautan Hindi’ dan kemudian
cuba dimanipulasi oleh sepupu kamu dengan mengatakan “PM tak sebut
pesawat terhempas”.
Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu,
Malaysia bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh
dunia, negara bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi.
Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan
tampillah dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana
pun kami akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara
sebenar kepada rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku
watak boneka lemah semata – mata.
Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di dalam negara ini
tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada kompromi cuma berani
tampil dan bercakap benar dengan kami.
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
2 tahun yang lalu