Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 6 Februari 2014

FAKTA DAN TOL DI MALAYSIA..WAJIB BACA

 

'Kaji semula konsesi, bukan beku kenaikan tol'

Pembekuan kadar tol pada tahun 2014 hanya langkah sementara kerana kerajaan tidak mampu untuk terus membayar pampasan kepada syarikat konsesi, kata Pakatan Rakyat.

Sebaliknya pemimpin Pakatan menggesa kerajaan mempertimbang untuk mengadakan rundingan semula perjanjian konsesi bagi memastikan pemegang konsesi yang mendapat pulangan, tidak menaikkan kadar tol.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata perjanjian konsesi perlu disemak semula berdasarkan kepada dua aspek iaitu pemegang konsesi telah mendapat pulangan modal pelaburan dan mengemaskini angka terbaru kadar kenderaan yang menggunakan lebuhraya serta perbelanjaan pengurusan dan penyenggaraan.

"Sekiranya kedua-dua konsep mudah ini dilaksanakan di dalam rundingan semula konsesi tol, sudah tentu tidak ada syarikat pemegang konsesi yang mendapat kadar keuntungan sehingga 50 peratus hingga 60 peratus seperti sekarang.

"Keuntungan yang berlipat kali ganda dari pelaburan dan kos ini menunjukkan bahawa perjanjian konsesi sekarang benar-benar berat sebelah.

"Sekiranya perjanjian konsesi terus berat sebelah dan tidak mengambil kira dua perkara di atas, saya yakin kita akan berdepan dengan kenaikan tol dalam tahun 2015 pula.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kadar tol lebuh raya di seluruh negara tidak akan dinaikkan tahun ini tetapi kerajaan akan membayar RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi. mk

[Baca berita penuh]
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2