Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 14 Februari 2014

TARIF PREMIUM INSURANS KENDERAN NAIK MULAI ESOK!!!!

 Naik insurans: Tiada perubahan besar

KUALA LUMPUR - Kenaikan kadar tarif premium untuk insurans kenderaan mulai esok akan memberi sedikit kelegaan kepada syarikat insurans, tetapi ia tidak akan membawa perubahan besar kepada mereka, kata Fitch Ratings.

"Kenaikan tarif premium adalah satu daripada langkah ke arah deregulasi sepenuhnya sektor insurans menjelang 2016," katanya.

Menurutnya, kenaikan itu adalah terlalu kecil untuk menawarkan kebalikan dalam keuntungan untuk insurans kenderaan.

Keuntungan insurans kenderaan terus tertekan di Malaysia berikutan peningkatan kadar kemalangan, tuntutan tinggi kecederaan tubuh badan serta peningkatan kos perubatan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Faktor lain termasuk, tuntusan palsu yang menghakis nisbah kerugian perniagaan kecederan tubuh badan serta kematian pihak ketiga sejak beberapa tahun lalu. 

Firma penarafan itu berkata, kenaikan tarif premium boleh membantu industri insurans tetapi banyak lagi perlu dilakukan.

Fitch Ratings berkata, penambahbaikan dalam perniagaan insurans kenderaan akan lebih ketara apabila sektor itu dideregulasi sepenuhnya pada 2016.

"Sehingga masa itu tiba, sektor itu akan kekal tidak menguntungkan bagi syarikat insurans am di Malaysia.

"Kerugian pengunderaitan daripada perniagaan kenderaan lazimnya dibantu oleh perniagaan insurans bukan kenderaan yang lebih menguntungkan," katanya.  SH.
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2