Kenyataan Media
19 Februari 2014
Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Harus Minimakan Ruang Manipulasi
Satu
perkembangan yang pelik telah berlaku di sekitar Kajang apabila pasukan
pemantauan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengesan beberapa
bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang pagi ini.
Apakah
ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga
Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke
negara melalui KLIA.
Dalam perkembangan yang
sama, adakah kehadiran warga asing ini turut berkaitan dengan kelewatan
melampau tarikh pilihanraya kecil yang jatuh pada akhir Mac dengan
alasan yang tidak masuk akal?
SAMM tidak
menolak kemungkinan kelewatan tarikh PRK ada kaitan, demi persiapan
lebih rapi untuk penipuan pilihanraya kecil N25. Usaha SPR untuk
menggunakan senarai pemilih yang baru (Mac 2014) juga agak meragukan.
SAMM turut menggesa supaya SPR meminimakan ruang-ruang manipulasi antaranya dalam soal jumlah pengundi awal yang begitu ramai.
Menjadi
persoalan, mengapa SPR menggunakan petugas dari pengundi DUN Kajang?
Mengapa tidak SPR memanggil petugas dari sekitar Bangi, Semenyih dan
Cheras untuk menjadi petugas pilihanraya?
Jika
SPR memanggil pengundi Kajang sebagai petugas maka ia membuka ruang
manipulasi dengan peningkatan besar jumlah pengundi awal. Ini sepatutnya
boleh dielakkan.
Sebagai sebuah badan yang
tercalar teruk menafikan demokrasi dalam PRU lalu, SPR harusnya terarah
untuk menjadi lebih bersih bagi mengembalikan keyakinan orang ramai.
Namun pemerhatian SAMM setakat ini, SPR tetap tidak berubah dan tidak
punya usaha yang nyata untuk perbaiki kelemahan. SPR terus diperkudakan
pemerintah.
Sebelum ini SAMM telah mendesak
pihak SPR memperinci anggaran perbelanjaan RM1.6 juta untuk PRK Kajang
yang disifatkan agak tinggi. Ia ekoran operasi SPR yang kerap
menggunakan orang tengah dalam pelbagai urusan secara tidak langsung
berlaku ketirisan dan pembaziran.
Akhir
sekali, SAMM menyeru kepada orang ramai dan semua aktivis demokrasi agar
turun ke Kajang untuk memastikan pilihanraya kecil kali ini berlangsung
dengan bersih dan adil. Harus diingat, Inilah 'turning point' bagi
pihak Barisan Nasional maka tidak mustahil penipuan terbesar dalam
sejarah bakal berlaku di Kajang.
Sekian,
che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)