KUALA
LUMPUR 30 JAN: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin memberi amaran
kepada parti komponen Barisan Nasional, MCA supaya tidak memperkecil
dan menghina pengundi di DUN Kajang.
Dua pemimpin MCA sebelum ini Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Wee
Ka Siong mempersoalkan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di
PRK DUN Kajang.
Wee Ka Siong dilaporkan berkata mengapa Anwar sebagai pemimpin
‘bertaraf dunia’ bertanding di DUN Kajang yang hanya merupakan ‘pekan
Sate’
Kata Zuraida, keputusan Anwar bertanding di DUN Kajang bukan sesuatu
yang mudah, tetapi keperluan yang dibuat untuk kepentingan rakyat.
“Kajang mungkin terkenal dengan makanannya iaitu sate. Tetapi tidak boleh dipanggil ‘pekan sate’ atau ‘penduduk sate’.
“Sebagai pemimpin negara, Wee Ka Siong perlu sedar bahawa memanggil
Kajang sebagai ‘pekan sate ‘ adalah benar-benar menghina dan merendahkan
maruah penduduk Kajang,” kata Zuraida dalam kenyataannya hari ini.
Katanya, penyokong Pakatan Rakyat tidak gentar berhadapan dengan
calon yang dikemukakan, sama ada berlaku percanggahan yang akan
mewajarkan MCA memberi laluan kepada Umno untuk bertanding.
Tegas Zuraida, KEADILAN sebagai parti berbilang kaum tidak wujud persoalan mengenai etnik calon.
“Jika Malaysia mahu menuju negara inklusif yang berbilang kaum,
langkah pertama adalah keluar daripada pemikiran yang stereotaip
terhadap sesebuah kaum dan penduduk,” katanya.
DUN Kajang mempunyai komposisi kaum iaitu Melayu (48.89%), Cina (40.8%) dan India (10%)
“Itu pemikiran sempit dan pandangan yang ketinggalan zaman
“Wanita KEADILAN percaya Liow Tiong Lai, Wee Ka Siong dan MCA tidak
lagi relevan untuk bercakap bagi masyarakat Cina,” kata Zuraida.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
2 tahun yang lalu