KUALA
LUMPUR 6 FEB: Perpecahan dalaman Umno akan bertambah kritikal dan lebih
jelas dalam masa dua hingga tiga bulan lagi, kata
Datuk Tamrin Abdul
Ghafar.
Bekas ahli parlimen Batu Berendam itu berkata, ini kerana wakil
rakyat BN tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak.
“Memang ada ahli Umno yang terkilan dengan kepimpinan Najib sekarang.
“Beberapa ahli parlimen Umno sendiri sudah mula merasakan BN mungkir
janji dan manifesto. Minyak, tol dan barangan semuanya naik harga,” kata
Tamrin kepada Keadilandaily.
Tamrin yang juga bekas Pengerusi Mara berkata, beliau tidak hairan
sekiranya wakil rakyat mengeluarkan sindiran sinis kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Datin Seri Rosmah
Mansor dilantik ke jawatan Perdana Menteri.
Malah
sebelum ini, beberapa tokoh wartawan antaranya bekas Ketua Pengarang
NST. Kadir Jasin yang secara sinis mencadangkan isteri Perdana Menteri,
Rosmah Mansor dilantik ke jawatan perdana menteri kerana peranannya
mengambil tugas menteri-menteri kabinet.
Kritikan Kadir yang dibaca mewakili suara kepentingan Tun Dr Mahathir
Mohamad membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tidak percaya
dengan kepimpinan Najib.
Kata Tamrin, rata-rata ahli parlimen Umno kini malu berhadapan dengan
penyokong mereka, apatah lagi orang biasa apabila ditanyakan tentang
manifesto BN dan janji Najib sebelum pilihan aya umum ke-13.
“Ini akan menambahkan tekanan kepada mereka untuk berhadapan dengan
masyarakat,” ujar Tamrin yang kni merupakan ahli Pas dan aktif
berceramah diseluruh negara.
KeadilanDaily