PRK: Pas ada peluang cerah menang
KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata Pas mempunyai peluang yang cerah untuk mempertahankan kerusi
Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 4 November
depan.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR memberi jaminan semua jentera Pakatan
Rakyat akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon Pas untuk
memenangi kawasan itu nanti.
"Saya akan pastikan semangat seluruh jentera PKR dan DAP membantu dan menyokong calon Pas untuk menang nanti.
"Insya-ALLAH dengan isu kenaikan harga barang, minyak dan laporan audit
yang mendedahkan penyelewengan kementerian, kita yakin PR boleh
pertahankan kerusi itu," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat,
di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut pengumuman
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz pagi tadi
yang menetapkan 4 November depan sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK)
di kerusi Dun Sungai Limau manakala hari penamaan calon pula ditetapkan
pada 23 Oktober ini berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan
Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi
jantung serta jangkitan kencing manis.
Azizan meninggal dunia pada 11.05 pagi Khamis lepas di Unit Rawatan
Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas hampir lima
bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
Pada PRU13, 5 Mei lepas, Azizan mengekalkan Dun Sungai Limau selepas
menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk
sepupu beliau, Mohd Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN.
Ini merupakan PRK kedua selepas PRU13 dengan yang pertama PRK Dun Kuala Besut diadakan pada 24 Julai lepas.
Sinar Harian
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu