Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan
Malek masih belum memberi respon terhadap kenyataan bercanggahnya
tentang harga tepung dan gula yang telah saya bangkitkan 7 Oktober lalu.
Laporan terbaru Malaysian Insider menyebut beliau
mengumumkan bahawa kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan harga
barangan tersebut demi menjaga kestabilan ekonomi negara dan
kesejahteraan hidup rakyat
(http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/harga-gula-dan-tepung-naik-untuk-kesejahteraan-rakyat-kata-menteri):
“Keputusan
kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan
ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan
Malek. Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan
negara…”
Namun sebelum ini pada 20 September 2013 Utusan Malaysia melaporkan (http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130921/dn_07/Elak-percaya-khabar-angin-harga-gula-tepung-naik):
“Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin yang
disebarkan pihak- pihak tertentu menerusi blog atau laman sosial
kononnya kerajaan akan memperluaskan pengurangan subsidi ke atas
barangan terkawal seperti gula dan tepung.
“Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, perbuatan tidak
bertanggungjawab itu sengaja dilakukan untuk mewujudkan suasana panik
dalam kalangan rakyat bagi memburukkan kerajaan.”
Pada 6 Oktober, Menteri yang sama Hasan Malek telah memberi nada yang berbeza: beliau telah dilaporkan oleh New Straits Times
sebagai berkata bahawa ada kemungkinan berlaku kenaikan harga gula dan
tepung sebagai sebahagian daripada rasionalisasi subsidi Kerajaan Umno
BN
(http://www.nst.com.my/nation/general/prepare-for-price-hikes-1.370150).
“Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry said there is a
possibility of price hikes in sugar and flour as part of the
government’s subsidy rationalisation.
“Minister Datuk Hasan Malek said it would be announced during the tabling of the 2014 Budget on Oct 25.”
Sekali lagi, soalan saya mudah – kenyataan Hasan Malek yang mana
boleh diguna pakai? Jika harga gula dan tepung dinaikkan, mengapa
Menteri memberi jaminan pada September yang lepas? Ini bukan soal khabar
angin ‘pihak-pihak tertentu’ tetapi kenyataan beliau sendiri!
Adakah jaminan beliau selepas ini tidak lagi boleh dipakai oleh rakyat?
Alasan bahawa kenaikan harga tepung dan gula boleh menjaga kestabilan
ekonomi negara dan kesejahteraan hidup rakyat juga teramatlah dangkal.
Laporan New Straits Times pada 6 Oktober lalu turut menyebut Hasan Malek
menyatakan kenaikan harga ini perlu untuk mengelak senario kerajaan
Amerika Syarikat yang ditutup berikutan belanjawan yang tidak diluluskan
Kongres. Hasan cuba mengaburi mata rakyat dengan membawa suasana
antarabangsa tanpa melihat situasi dan realiti di Malaysia.
Persoalannya, mengapa rakyat harus menjadi mangsa? Berapa banyakkah
wang dibazirkan untuk projek mega yang menguntungkan kroni-kroni atau
hilang dalam ketirisan dan rasuah seperti dilaporkan oleh Ketua Audit
Negara baru-baru ini, tetapi kerajaan langsung tidak berbuat apa-apa.
Lebih banyak subsidi disalurkan kepada pihak korporat gergasi yang
diteruskan sehingga hari ini. Begitu banyak syarikat-syarikat
antarabangsa diberikan insentif pengecualian cukai jangka panjang.
Namun dasar-dasar anti rakyat itu dibiarkan begitu sahaja.
Apabila melibatkan rakyat, subsidi cepat dikurangkan. Ini tambah
serius ketika kadar gaji dan upah masih pada tahap yang rendah. Struktur
ekonomi Malaysia masih dipacu oleh keuntungan yang memanfaatkan
sekelompok kecil rakyat, bukannya gaji dan upah yang diperoleh ramai
rakyat. Pada tahun 2005, gaji dan upah membentuk hanya 28 peratus
komponen KDNK berbanding keuntungan sebanyak 67.1 peratus. Namun
komponen gaji dan upah di negara-negara maju seperti Singapura, Korea,
Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat semuanya melebihi 40 peratus.
Pelaksanaan dasar gaji minima juga selepas begitu lama desakan rakyat
tidak sempurna. Banyak sektor mendapat pengecualian selepas tekanan
daripada MCA.
Oleh itu, saya meragui sama ada kenaikan harga tepung dan gula
benar-benar untuk kepentingan negara ataupun untuk kepentingan pihak
lain?
Jangan kita lupa, ini juga Menteri sama yang minta rakyat tukar selera bila harga ayam naik dahulu!
Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor
Adun Seri Setia
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu