KUALA LUMPUR 31 OKT: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya
Tinggi Australia perlu memberi penjelasan mengenai risikan terhadap
Malaysia menggunakan kedutaan dan suruhanjaya tingginya.
Akhbar
Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan
‘whistleblower’ Edward Snowden bahawa risikan dibuat bagi memintas
maklumat radio, telekomunikasi dan internet.
“Operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi ‘STATEROOM’
turut melibatkan Britain dan Kanada,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN,
Fahmi Fadzil.
Tambahnya, tindakan itu turut mendapat kecaman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Rata-rata aktiviti pintasan dilakukan tanpa pengetahuan duta-duta di kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut.
“Kedutaan
Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi
penjelasan tentang dakwaan ini kepada kerajaan dan rakyat Malaysia,”
kata Fahmi.
Beliau turut mendesak Putrajaya bertindak tegas dan menghantar nota bantahan kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut.
‘Ada kemungkinan risikan ini diguna untuk kelebihan strategik
negara-negara tersebut. Lebih-lebih lagi tatkala Malaysia terlibat di
dalam perbincangan berkaitan Trans-Pacific Partnership Agreement
(TPPA),” katanya.
Katanya risikan seperti ini pernah berlaku, seperti dibangkitkan
kerajaan Timor Timur yang menyatakan risikan pihak Australia diguna
untuk memintas komunikasi pejabat kerajaan sewaktu perundingan rizab
minyak dan gas di Timor Gap.
“Sebarang risikan yang dilakukan negara luar di dalam Malaysia wajib
dikecam dan tidak dibenarkan terus berlaku, demi keselamatan ekonomi dan
kedaulatan negara,” tegasnya.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu