Artis turun bantu kempen PRK
KUALA LUMPUR - Beberapa artis popular dan veteran akan turun padang
untuk membantu calon BN pada PRK Dun Sungai Limau melalui program Ziarah
Syukur.
Pengerusi penganjur, Datuk Seri Zaienal Abdidin Omar berkata, ini
adalah lanjutan daripada program yang dijalankan pada PRU13 lalu yang
membantu menawan kembali Kedah dari tangan pembangkang.
Beliau berkata, kesemua Dun dan Parlimen yang menjadi lokasi program
berjaya dimenangi BN termasuk kawasan yang menjadi kubu kuat pembangkang
seperti Parlimen Pendang dan Kulim Bandar Baharu.
"Ziarah Syukur yang dianggotai oleh ramai artis dari pelbagai bidang
dan lapisan usia sudah menjelajah ke beberapa kawasan di negeri Kedah.
"Ia telah berjaya menarik ribuan rakyat di setiap lokasi sepertimana
yang dilaporkan oleh banyak media. Antara artis yang terlibat ialah
pelawak terkenal Datuk Aziz Satar, pelakon Datuk Mustapha Maarof, Norlia
Ghani, Sheera, Abon dan ramai lagi," katanya.
Beliau berkata, program tersebut membawa mesej 'bersyukur' kepada
ALLAH SWT, ibu bapa, guru, pemimpin dan negara tercinta yang mana dapat
dikongsi bersama dengan rakyat jelata.
"Objektif program ini mahu pengundi-pengundi bersyukur dengan nikmat
pembangunan yang telah dikecapi sepanjang pemerintahan BN sehingga
membawa negara ke tahap sekarang," katanya.
Selain Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, katanya, program
tersebut juga akan bekerjasama dengan beberapa pihak lain yang bakal
turut serta berkempen selama tempoh kempen PRK tersebut bermula dari 24
Oktober ini.
Sinar Harian
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu