27 pemimpin Umno Kepong tetap mahu letak jawatan
KUALA LUMPUR - Seramai 27 daripada 33 pemimpin Umno Bahagian Kepong
mengulangi pendirian untuk meletak jawatan sekiranya pemilihan jawatan
timbalan ketua bahagian itu tidak dilakukan semula.
Ketuanya, Datuk Rizuan Abd Hamid berkata, tindakan itu bukan satu
ugutan tetapi penetapan pendirian mereka agar pemilihan dilakukan lebih
telus.
Menurutnya, pihaknya telah menghantar surat mengenainya beserta
tandatangan sokongan 27 pimpinan tinggi bahagian itu kepada Presiden
Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu dan Setiausaha Agung Umno,
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Isnin.
"Bukti mengenai pengesahan kertas undi rosak juga ada pada kami yang
diserahkan sendiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pemantau, Ab Wahab
Said.
"Oleh itu, dari mana pula Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah
Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dapat pengesahan pengerusi
pemantau yang bersetuju undi rosak itu boleh diguna semula," katanya
kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri
Setiausaha Umno Bahagian Kepong, Ahmed Zaharani Yusof Omar, calon
jawatan itu, Mohd Khilmi Yusop, Naib Ketua Umno bahagian, Azman Taib di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Tambahnya, dua pertiga majoriti daripada kepimpinan bahagian tidak
berpuas hati apabila Mohd Khilmi yang memenangi jawatan itu pada
pemilihan parti 19 Oktober lepas, ditarik balik kemenangannya tanpa
penjelasan munasabah.
"Lagi meragukan apabila 21 undi rosak yang disahkan wakil-wakil calon
dan pengerusi pemantau untuk jawatan berkenaan 19 Oktober lepas disahkan
boleh diguna pakai oleh Syed Ali Alhabshee, tapi keputusan undian
sepenuhnya bagi kedua-dua calon tetap tidak dimaklumkan kepada mereka,"
katanya.
Pada Jumaat lepas, Syed Ali dalam satu kenyataan akhbar berkata,
jawatankuasa khas bantahan Umno telah memutuskan jawatan timbalan ketua
Umno bahagian itu dimenangi Datuk Norizan Ali selepas dakwaan sebanyak
21 kertas undi yang didakwa rosak didapati tidak benar dan diterima
sebagai kertas undi yang sah.
Sementara itu, Ahmed Zaharani berkata, keputusan berkenaan juga
dimaklumkan kepadanya melalui surat yang diberikan badan perhubungan
Wilayah Persekutuan Sabtu lepas, namun tidak kepada Mohd Khilmi.
Ditanya sama ada pihaknya meletakkan tempoh untuk Umno pusat memberikan
jawapan, beliau berkata, pihaknya tidak meletakkan tempoh, tetapi yakin
Umno pusat akan menjawab secepat mungkin.
Sinar Harian
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu