KUALA LUMPUR 6 DIS: Malaysia harus mencontohi Thailand dan Jepun
dalam pengurusan banjir dan penempatan mangsa, kata Ketua Angkatan Muda
KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Kerajaan
pusat dan juga Majlis Keselamatan Negeri seharusnya bersedia dengan
sepenuhnya menghadapi bencana ini kerana ia melanda saban tahun.
“Peruntukkan berbilion ringgit yang dibelanjakan untuk rakyat bagi
menghadapi masalah ini tidak berguna jika tiada koordinasi dan
pengurusan yang efektif,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim
sebelum ini mengatakan bahawa sistem pengurusan banjir di negara kita
antara yang terbaik di dunia, termasuk berbanding Amerika Syarikat.
“Tapi sebaliknya yang berlaku ketika banjir besar melanda negara kita
baru-baru ini. Bukan sahaja bantuan lambat, tetapi mangsa banjir juga
ditempatkan di pusat yang turut dinaiki air.
“Adakah disebabkan kawasan Kuantan dan Indera Mahkota di bawah Pakatan Rakyat, maka bantuan lambat dihulurkan? soal Shamsul.
Terdahulu, Shamsul melancarkan skuad khas AMK yang terdiri dari 50
anggota dalam misi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan dan
negeri-negeri pantai timur.
Skuad khas AMK turut menyediakan empat buah bot disamping bantuan
lori 10 tan yang terdiri dari makanan dan barangan keperluan asas.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu