Ustaz Kazim tolak jawatan MT demi dakwah
SUNGAI PETANI - Pendakwah terkenal Ustaz Mohammad Kazim Elias menolak
pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mahu menjadi
pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan
perpaduan umat Islam negara ini.
Ketika mengumumkan keputusan itu di hadapan 2,000 orang yang menghadiri
ceramahnya di Taman Ria di sini malam tadi, pendakwah itu berkata
beliau juga mahu menumpu pada sekolah yang ditubuhkannya, Pusat
Pendidikan Al-Barakah di Jalan Maxwell, Ipoh.
"Saya tidak mahu dilabel oleh orang ramai mendapat bantuan Umno dengan
menerima jawatan MT," kata Mohammad Kazim yang menemui Datuk Seri Najib
Tun Razak Isnin lepas selepas perdana menteri dan presiden Umno
mengumumkan pelantikannya itu baru-baru ini.
Mohammad Kazim berterima kasih atas tawaran perdana menteri itu namun tetap dengan keputusannya untuk tidak menerimanya.
"Saya dah bercakap dengan perdana menteri. Saya ini milik rakyat
Malaysia dan bukan milik parti politik. Pengikut kuliah saya lebih suka
saya bebas walaupun menyokong agenda perdana menteri yang berusaha
memartabatkan Islam," katanya dalam ceramah itu.
Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di
bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya
sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat
Mufti.
"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi
nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari
peringkat sekolah rendah hingga menengah.
"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta
saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi
muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan
antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 November
lepas.
Beliau bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman
sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan
bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.
"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang
Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh
tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk
terhadap saya.
"Masa Kedah diperintah Pas saya digam walaupun bukan ahli Umno. Poster
gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya
mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan
Pas," katanya.
Sinar Harian
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu