KUALA LUMPUR 3 DIS: Penduduk Kuala Lumpur akan tetap meneruskan
himpunan bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan cukai taksiran,
tegas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Menurutnya, himpunan tersebut akan diadakan di Dataran DBKL, jam 11 pagi pada 16 November ini, seperti yang dirancang.
“Kita mengajak seramai mungkin masyarakat di Kuala Lumpur bersama-sama kita pada jam 11 pagi dan berkumpul di dataran DBKL.
“DBKL harus mengikut undang-undang. Sekiranya mereka gagal membuat
pendengaran yang adil kepada kesemua warga kota KL yang menghantar surat
protes
Maka mereka tidak boleh melaksanakan kenaikan cukai di bawah undang-undang,” jelasnya yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Beliau dalam pada itu menyelar kenyataan bercanggah Menteri Wilayah
Persekutuan dan timbalannya berhubung keputusan menangguhkan kenaikan
cukai tersebut.
“Warga kota tidak boleh berdiam diri sahaja. Ini adalah satu langkah
percukaian yang harus kita tentang habis-habisan,” ujarnya ketika
ditemui dalam sebuah forum di Petaling Jaya.
“Maka kita akan terus dengan protes supaya mereka yang membuat bantahan akan dipanggil untuk proses pendengaran DBKL.
“Pada 16 Disember semua ahli parlimen pakatan rakyat akan turun
padang memberi notis bantahan di DBKL secara rasmi,” ujarnya ketika
ditemui.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, kerajaan
tidak mempunyai pendirian tegas mengenai kenaikan berkenaan yang
membebankan rakyat khususnya warga kota.
“Kerajaan sekejap kata tangguh, pada keesokan harinya kata teruskan,
dan mereka hanya akan pertimbangkan kalau ada surat bantahan.
“Jika kita tidak menghantar surat bantahan), maknanya kita setuju
dengan kenaikan tersebut,” ujarnya sambil menggesa penduduk menghantar
surat bantahan itu beramai-ramai.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
2 tahun yang lalu