KUALA LUMPUR 4 DIS: Kerajaan Johor dan Menteri Tenaga, Air dan
Teknologi Hijau, Datuk Maximus Johnity Ongkili terus berdolak dalih
dalam isu kenaikan tarif air di negeri selatan Semenanjung itu.
Adun KEADILAN Bukit Batu, Jimmy Puah We Tse (gambar) berkata tarif berkemungkinan besar akan dinaikkan pada tahun hadapan melibatkan pengguna domestik dan sektor industri.
“Semasa saya meminta pengesahan dari Datuk Hasni Mohammad pada
persidangan DUN November lalu, Exco Kerja Raya Johor itu beri alasan ia
diserah kepada kerajaan persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara (SPAN).
“Namun apabila Pakatan Rakyat bangkitkan di Parlimen 26 November lalu, Maximus menolaknya.
“Dolak-dalik mereka ini membuktikan tarif air Johor tetap akan naik selewatnya pada Jun 2014,” katanya ketika dihubungi.
Pada 14 November lalu, Hasni turut mengesahkan Syarikat Air Johor
(SAJ) Holdings Sdn Bhd mencadang kenaikkan tarif air 20.2 peratus bagi
tempoh 2012-2014. SAJ Holdings ialah anak syarikat Ranhill Utilities Bhd
yang memonopoli bekalan air Johor sejak 1990-an.
“Umum tahu tarif air Johor tertinggi di Malaysia. Bagi 35 meter padu
air terawat, seorang pengguna di Pulau Pinang bayar RM10.70, purata 31
sen setiap liter.
“Di Johor kami bayar RM36.75, purata RM1.05 setiap liter, perbezaan 338 peratus.
“Untuk air mentah, guna 50 meter padu atau 500,000 liter air sebagai benchmark,
orang Sabah bayar purata 0.90 sen setiap liter tapi Johor melambung ke
purata RM2.94 setiap liter, perbezaan 326 peratus,” katanya.
Katanya, Pakatan Johor tidak menolak mengadakan demonstrasi bantahan
dalam masa terdekat selain membangkitkannya pada sidang DUN Mac 2014.
Sebelium ini di Parlimen, MP Kulai Teo Nie Ching mempersoal mengapa
rakyat Johor dipaksa membayar lebih untuk bekalan air dirawat sedangkan
kerajaan negeri sudah mengaut untung daripada jualan mentah kepada
Singapura dan Melaka masing-masing RM230,000 dan RM200,000 sebulan.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu