Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sekali lagi didesak untuk
meletakkan jawatan susulan daripada keputusannya menarik kembali tuduhan
ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung
isu skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata pembebasan bekas
menteri tersebut maka kini mewujudkan tanda tanya siapa yang
bertanggungjawab dalam skandal melibatkan penyelewengan wang rakyat
paling mahal setakat ini.
Katanya, tambah membingungkan walaupun kes tersebut disiasat sepenuhnya
oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2009 dan menyarankan
mahkamah menahan Chan, ia gagal dilaksanakan oleh peguam negara
tersebut.
"Dalam laporan PAC ada menyatakan bahawa tiga surat sokongan
dikeluarkan oleh Chan dan ia satu kesalahan pecah amanah di bawah
Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 409B.
"Walaupun terdapat saranan daripada PAC, peguam negara tidak
mengendahkan laporan tersebut dan ia satu penghinaan kepada pihak
pendakwa dengan pembebasan Chan dan Tun Ling Liong Sik yang turut
dikenakan dakwaan sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tindakan menahan bekas presiden dan timbalan presiden
MCA itu hanya sandiwara bagi membuktikan pentadbiran Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak mengambil serius mengenai pembanterasan korupsi
seperti yang dicanangkan walaupun mengetahui tuduhan tersebut akhirnya
akan ditarik kembali.
Dengan persoalan adakah kegagalan mendakwa disengajakan atau tidak,
Tony mendakwa sikap ketidakcekapan Gani itu amat tidak boleh diterima
oleh rakyat.
Sehubungan itu, katanya, jika Najib serius menangani isu melibatkan
penyelewengan wang, salah guna kuasa seperti yang selalu dilaungkan
dalam pentadbiranya maka kini merupakan masa terbaik untuk menghukum
Gani.
"Kita ingin tahu adakah dakwaan rapuh sengaja dikenakan ke atas mereka
bagi membuktikan yang kononnya Najib begitu serius dalam banteras
rasuah.
"Sekiranya Najib begitu serius dalam hal ini maka beliau tidak perlu
teragak-agak memecat peguam negara dan menggantikan dengan mereka yang
cekap dan akan bertindak serta menghukum tanpa dibayangi atau takut
dengan sesiapa pun," katanya.
Semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, berkata kepada
The Malaysian Insider bahawa tuduhan ditarik balik selepas
mempertimbangkan bukti daripada peguam Chan.
Keputusan untuk menarik balik tuduhan dikemukakan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani Abdul Rahman di mahkamah.
Peguam utama Chan, Datuk Tan Hock Chuan, berkata pihak pendakwa juga
memutuskan untuk tidak menjalani perbicaraan selepas mendapat tahu
tentang pembebasan satu lagi Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik
yang dituduh menipu Kabinet.
"Chan dibebaskan kerana tuduhan digugurkan," katanya.
Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu Abdullah
mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004
dan 2006. Beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun jika
didapati bersalah.
Projek tersebut berharga RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling
pada 1997, namun berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007. – 14
Januari, 2014.
TheMalaysiaInsider
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu