Salah laku: Mahkamah tolak rayuan Muhammad Shafee
KUALA LUMPUR - Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini
gagal mengetepikan keputusan Lembaga Tatatertib Peguambela dan
Peguamcara, yang mengenakan denda terhadapnya berhubung salah laku
profesion.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof menolak rayuan Muhammad Shafee
setelah mendapati mahkamah itu tidak patut campur tangan dalam
keputusan lembaga berkenaan berkaitan wawancara Muhammad Shafee dengan
sebuah organisasi media.
Zaleha berkata, mahkamah bersetuju dengan responden (Majlis Peguam)
bahawa artikel berkenaan mengandungi kata-kata dan kenyataan berbentuk
memuji perayu dan firmanya, yang melampaui skop atau maklumat yang
dibenarkan Akta Profesion Guaman.
"Pada pendapat saya, apa yang penting di sini ialah pandangan Majlis
Peguam tentang yang diperuntukkan di bawah Peraturan 15(1)(b)
Peraturan-peraturan Publisiti dalam Profesion Guaman 2001.
"Saya berpendapat mahkamah tidak patut campur tangan dalam keputusan
Majlis Peguam itu. Oleh itu, saya menolak rayuan ini tanpa perintah
membayar kos," katanya.
Muhammad Shafee memfailkan rayuan terhadap keputusan lembaga itu pada 5
Oktober 2012 yang mendapatinya melanggar Seksyen 94(3)(k) Akta
Profesion Guaman dan memerintahnya membayar RM5,000 kepada Tabung
Tatatertib.
Dalam saman pemula yang difailkannya pada 16 Nov 2012, Muhammad Shafee
mendakwa lembaga itu mendendanya RM5,000 berikutan aduan yang dibuat
presiden Majlis Peguam ketika itu K. Ragunath pada 23 Sept 23 2010
bahawa beliau membuat publisiti tentang diri dan firmanya dalam satu
temu bual dengan The Star.
Dua artikel berkenaan yang bertajuk 'Counsel rests his case' dan
'Keeping within the letter of the law', tersiar pada 27 September 2009.
Lembaga itu mendapati Muhammad Shafee membuat publisiti tentang diri
dan firma peguam caranya dengan cara yang melanggar Peraturan Publisiti
Dalam Profesion Guaman 2001.
Muhammad Shafee diwakili peguam Sarah Abishegam, manakala Majlis Peguam oleh peguam Tan Sheong Leong.
Sinar Harian
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu