KUALA
LUMPUR 1 JAN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberi amaran
supaya Perdana Menteri kerajaan minoriti, Datuk Seri Najib Tun
menurunkan harga barangan segera.
Menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun paling teruk dalam sejarah
Malaysia, Rafizi menyeru anak muda bersedia untuk terus melawan
kezaliman pemerintahan Barisan Nasional.
“Najib potong RM1,600 dari gajinya. Tapi ambil berpuluh juta dari wang kita dan kuncu-kuncunya membazirkan wang rakyat.
“Najib, Rosmah dan Barisan Nasional tidak kenal bahasa baik. Mereka
hanya kenal bahasa demonstrasi seperti hari ini,” kata Rafizi ketika
ditemui di himpunan Turun di Dataran Merdeka, malam tadi.
Beberapa hari lalu, Rafizi dalam satu kenyataan medianya berkata,
Jabatan Perdana Menteri (JPM) masih mempunyai sejumlah RM6.8 bilion
simpanan dana misteri meskipun Perdana Menteri mengumumkan pemotongan 10
peratus elaun bulanan.
Tindakan tersebut menurutnya hanya satu reaksi kerajaan bagi
meredakan kemarahan rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan
perkhidmatan baru-baru ini.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu