Hadi: Jangan terpedaya provakasi kalimah ALLAH
SHAH ALAM – Pas mengingatkan ahli, penyokong dan rakyat Malaysia tidak
terpengaruh dengan tindakan provokatif yang cuba ditimbulkan pihak
tertentu dalam penggunaan kalimah ALLAH.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya perkara
ini digembar-gemburkan, dikhuatiri rakyat akan terlupa dengan isu
kenaikan harga barang pada tahun ini yang kian membebankan golongan
berpendapatan rendah.
“Pas berasa sangat dukacita sekiranya isu ini (kalimah ALLAH)
diperhangatkan sehingga rakyat lupa kepada masalah keperitan hidup
angkara kenaikan harga barang pada tahun 2014 ini.
“Isu penggunaan kalimah ALLAH ini perlu disantuni dengan ilmu Islam,
berdasarkan disiplin ilmu yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dan
bukannya menerusi kekerasan apatah lagi menggunakan undang-undang yang
dipaksakan semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Paderi Lawrence, yang merupakan Pengarang mingguan The
Herald dilaporkan sebagai berkata bahawa gereja-gereja di Selangor akan
terus menggunakan kalimah ALLAH untuk merujuk sebagai Tuhan dalam
perhimpunan mingguan.
Kenyataan beliau telah menimbulkan bantahan daripada beberapa badan
bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk ahli-ahli Umno Selangor.
Isu itu berlaku selepas pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais) menyerbu dan merampas 351 salinan naskah Bible versi
Bahasa Malaysia dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah daripada
Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada Khamis lalu.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mengingatkan umat Islam supaya memberi
mengutamakan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat yang
berbilang bangsa dan agama ini.
Menurutnya, dalam isu kalimah ALLAH itu, umat Islam perlu memberi
kefahaman yang sewajarnya kepada masyarakat bukan beragama Islam
berdasarkan pendekatan ilmu.
“Tugas kita untuk menunjukkan contoh teladan bahawa Islam adalah
pembawa rahmat ke seluruh alam, sebagaimana yang dinyatakan oleh ALLAH
SWT.
“Pas akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah,” katanya lagi.
Sinar Harian..
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu