MEMPERKASAKAN Pakatan Rakyat. Itulah komitmen PAS sekarang berhubung
isu kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS yang mahu agar kajian dibuat
tentang Tahalluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat. Kenyataan paling bijak
dan penuh berhemah adalah daripada Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga
Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau menegaskan "PAS ingin menegaskan komitmen kita untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, Segala kelemahan yang timbul akan diperbaiki melalui meja rundingan. PAS mengalu-alukan sebarang cadangan serta komentar dari mana-mana Dewan dan pandangan dalaman untuk meneliti apa jua unsur yang dianggap bertentangan dengan syarak, katanya.
Beliau menegaskan "PAS ingin menegaskan komitmen kita untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, Segala kelemahan yang timbul akan diperbaiki melalui meja rundingan. PAS mengalu-alukan sebarang cadangan serta komentar dari mana-mana Dewan dan pandangan dalaman untuk meneliti apa jua unsur yang dianggap bertentangan dengan syarak, katanya.
Ertikata lain, tiada kajian lain selain dari mengkaji untuk
memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP. Jika
ada di antara Ulamak di dalam PAS yang bercita-cita untuk menjadikan PAS
sebuah parti yang berjuang bersendirian, maka Ulamak ini seharusnya
dikaji latarbelakang beliau samada orang seperti ini boleh membantu PAS
atau boleh melemahkan PAS.
YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar - Adun Tanjung Lumpur |
Fakta jelas menunjukkan PAS bertambah kuat bila PAS berjuang secara
kolektif bersama Pakatan Rakyat. Fakta juga jelas menunjukkan PAS
menjadi lemah dan mudah di'buli' apabila parti ini bersendirian. Kajian
untuk menentukan PAS menjadi dominan di dalam Pakatan Rakyat boleh
dilakukan dengan syarat kesemua yang berada di dalam PAS termasuk Dewan
Ulamak juga sanggup turun ke akar umbi membantu meningkatkan pengaruh
PAS. Dewan Ulamak tidak boleh terlalu panjang di kuliah, seminat atau
di masjid-masjid sahaja kerana kerja dakwah mereka boleh dilakukan
bersama akar umbi dan bersama gerak kerja bersama ahli-ahli bawahan yang
lain hatta hingga ke peringkat menampal poster.
Aku tertarik dengan YB Ustaz Rosli Abdul Jabar, Adun Tg Lumpur yang juga
seorang Ulamak muda di dalam PAS Pahang. Beliau pernah tewas di dalam
PRU ke 12 dulu, tetapi beliau tetap turun ke akar umbi bekerja rapat
dengan ahli-ahli dan penyokong bawahan tanpa menghiraukan beliau
tercalon lagi atau tidak. Di dalam PRU 13 yang lalu, Us Rosli dilihat
terlalu sibuk berkempen siang dan malam untuk memenangkan PAS
terutamanya di kawasan beliau. Apabila beliau menang di dalam PRU 13,
beliau terus bekerja seperti biasa seolah-olah kempen PRU masih
berjalan.
Inilah salah satu Ulamak yang boleh turun ke akar umbi. Ulamak yang
sentiasa hadir di dalam setiap demontrasi membantah ketidakadilan atau
kezaliman. Ulamak yang sentiasa menuturkan kata-kata, " Kerja aku
adalah melawan Umno kerana Umno zalim kepada rakyat". Kezaliman dan
ketidakadilan itu wajib dicegah, maka Ustaz Rosli bangkit melawan.
Beliau juga aktif di dalam program kuliah dan mengajar kitab agama di
masjid-masjid, namun beliau faham PAS tidak akan boleh jadi kuat jika
golongan agama hanya berjuang di masjid.
Semoga PAS dapat membuat kajian yang lebih baik untuk memantapkan
Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan parti-parti lain seperti PKR dan DAP
agar kekuatan kita bersama akan menguburkan kezaliman Umno/Bn.
http://wfauzdin.blogspot.com