KOTA BHARU: “Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap
lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama,
kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.
“Profesional
pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak
hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksi terbarunya.
Beliau ditemui hari ini ketika menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Baru-baru ini akhbar arus perdana cuba memberi gambaran Mursyidul Am mahu ulama dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden PAS.
Laporan
tersebut dilihat banyak pihak seperti ada agenda tertentu bagi
melaga-laganya kepemimpinan dalam PAS dengan mengasingkan golongan
profesional dan ulama.
Polemik tersebut seperti sengaja
diuar-uarkan memandangkan muktamar tahunan PAS dijangka berlangsung pada
akhir November hadapan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, ulama
adalah mereka yang boleh bercakap dengan dalil al Quran dan Hadis biar
pun bertali leher atau memakai songkok.
“Percakapan dia berdasar
kepada al Quran dan Hadis. Ada pihak sekarang sengaja hendak
pelaga-lagakan ulama dan professional. Mereka ini orang yang berfikiran
kebangsaan.
“Ini bukan cara memberi ilmu kepada rakyat tentang
gerakan Islam. Kita bangun berucap bukan pandai-pandai kita sendiri.
Orang pertama yang membuat ucapan ialah Nabi Muhammad saw.
“Jadi
bila berucap kita sambung apa yang diberitahu Nabi Muhammad saw dengan
membawa dalil al Quran dan Hadis. Ini barulah kita benar-benar jadi
pendokong gerakan Islam, bukan sekadar ahli PAS sahaja,” ujarnya.
Oleh yang demikian katanya, mana-mana pemimpin PAS berucap hendaklah diikat dengan nas al Quran, Hadis dan Sirah.
Harakahdaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu