Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pendidikan, bahawa RM20 juta yang dibayar kepada firma
perunding McKinsey and Co untuk menjalankan kajian Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia adalah “berpatutan kerana ia melibatkan eksesais
yang besar” menjadi bukti ulung kegagalan Umno-BN membangunkan kemahiran
dan keupayaan anak watan.
Malah
tindakan Muhyiddin meneruskan budaya Umno-BN mendapatkan nasihat
strategik daripada firma-firma luaran berkaitan isu yang cukup kritikal
seperti pendidikan seakan-akan cemuhan atau tamparan terhadap kebolehan
pegawai kerajaan untuk menggariskan dasar-dasar yang amat penting kepada
masa depan negara.
Umum sedia maklum kontroversi yang pernah timbul dari hubungan
Umno-BN dan firma-firma rundingan sebelum ini, termasuklah kontroversi
bayaran hampir RM77 juta kepada firma APCO yang berkait konsep 1Malaysia
serta firma-firma rundingan yang berkait projek GTP, ETP dan
sebagainya.
Hubungan intim pembuat dasar dan firma rundingan terutamanya firma
asing seperti yang dipraktikkan Umno-BN sejak era Dr Mahathir perlu
disemak semula.
Bukan sahaja rasa tidak puas hati di kalangan pegawai kerajaan
terhadap “pakar-pakar dari luar” perlu diambil kira, malah proses soft
colonization akibat kebergantungan tidak sihat kepada nasihat luaran
perlu dihentikan.
Kerajaan Pusat perlu membina keupayaan dalaman khusus dikalangan
pegawai kerajaan sedia ada, dan tidak sentiasa mengutamakan “nasihat
luar” seperti yang menjadi kebiasaan sebelum ini.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu