Kenyataan Umum
Tarikh: 26 September 2013
MEMOHON PENJELASAN DATO' SERI MOHAMED NAZRI B. TAN SRI AZIZ MENGENAI PEMBELIAN RUMAH MEWAH LEBIH RM7 JUTA OLEH ANAK LELAKINYA.
Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) memperolehi dokumen mengenai milikan harta
kekayaan anggota keluarga dan individu - individu rapat dengan beberapa
orang Menteri Kabinet kira – kira sebulan yang lalu oleh pihak yang
tidak dikenali. Setelah diteliti diyakini beberapa dokumen tersebut ada
kesahihannya dan SAMM tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan
pertembungan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu.
Mengenepikan
sentimen mengapa pemberi maklumat menyalurkan maklumat itu dan niat
politiknya tetapi atas keinsafan mempertahankan kepentingan rakyat maka
SAMM secara berperingkat akan menyiarkan dokumen dokumen tersebut
sebagai persoalan untuk dijawab oleh Menteri terbabit.
Dokumen
yang pertama ialah berkenaan pembelian sebuah banglow bernilai RM
7,242,555.07 yang dikaitkan dengan seorang yang bernama Mohamed Nedim B.
Mohamed Nazri. Diperiksa dia ialah anak seorang menteri kabinet.
Bagi
anak yang sangat muda dan setelah diteliti pekerjaan atau
perniagaannya, adalah amat meragukan dari sudut kemampuan. Bagaimana
anak menteri ini punya kemampuan untuk membeli banglow dengan harga yang
sedemikian tinggi?
Maka
perbagai persoalan muncul. Ini bukan tuduhan tetapi sebagai seorang
Menteri sudah tentu rakyat berhak bertanya kepada Nazri mengenai banglow
anaknya ini.
Bagaimana
anaknya dapat membeli banglow ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli
dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman
dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh
memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana
dia anak menteri?
Nasib
kita sebagai rakyat biasa, untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli
kereta kancil atau rumah kos rendah pun bagai nak gila memanjat tangga
dari bank ke bank bagai mengemis.
Semua persoalan ini juga seharusnya membawa kepada Jabatan Hasil dalam
Negeri dan individu tersebut harus dipanggil untuk diteliti milikan
sebenar pendapatannya. Juga melalui sumber rekod Jabatan Hasil Dalam
Negeri ada terdapat keraguan bagaimana dia mampu memiliki kediaman mewah
bernilai tinggi dengan pendapatan yang diistiharkan.
Menarik
juga dilihat dari dokumen yang diperolehi ialah bagaimana dalam proses
membeli rumah mewah ini pembeli menikmati diskaun RM500,9444.08 (-7%)
selaku bumiputera. Orang biasa termasuk pimpinan Umno diperingkat
cawangan yang gila–gila mempertahankan Umno ada yang hanya menikmati
diskaun tak sampai RM10,000 atas nama bumiputera ketika membeli rumah
kerana itulah sahaja kemampuan kita orang biasa - biasa.
Melalui
kenyataan ini SAMM bagi pihak anak muda Malaysia yang bergelut dengan
peningkatan kos hidup dan dihimpit perbagai masalah kewangan menuntut
untuk Nazri tampil dan menjawab. Anaknya ini juga yang satu ketika
dahulu pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli berkenaan menggunakan
kenderaan mewah milik seorang jutawan dengan siap pengawal peribadi.
Berkenaan
perkara ini kami mempunya dokumen sebut harga, perjanjian dan gambar
aset tersebut. Sekali lagi kami tegaskan ini bukan tuduhan tetapi
persoalan yang perlu dijelaskan.
Selain
itu berkenaan individu terbabit kami punya beberapa dokumen lain yang
akan kami bangkitkan persoalanya dalam berperingkat. Kami juga dalam
proses penelitian peringkat akhir beberapa dokumen lain yang mengaitkan
anggota Kabinet yang lain.
Sekian.
Che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan