1. Pemimpin itu hendaklah orang yang berupaya untuk menjaga agama dan menegakkan syariat Allah di atas muka bumi.
Firman Allah :
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi
zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari
melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah
jualah kesudahan segala urusan.
(Surah Al-Hajj: ayat 41)
2. Pemimpin itu hendaklah orang yang mempunyai kekuatan dari semua sudut samada fizikal, spiritual, emosi dan mental.
Firman Allah s.w.t.:
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai
ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita),
sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang
kuat, lagi amanah".
( Surah Al-Qasas: ayat 26)
3. Pemimpin itu harus memiliki sifat takwa.
Firman Allah s.w.t.:
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya
mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu
adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
( Surah Al-Baqarah: ayat 103)
4. Pemimpin itu mestilah beramanah, adil dan tidak melakukan kezaliman
atau diskriminasi kepada mereka yang di bawah pimpinannya.
Firman Allah s.w.t.:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis
amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
( Surah An-Nisa': ayat 58)
5. Pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan tidak sombong kepada mereka yang di bawah pimpinannya.
Firman Allah s.w.t.:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan
kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat
kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat
tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan
belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
(Surah At-Taubah: ayat 128)
6. Pemimpin itu hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada prinsip dalam melaksanakan amanah.
Hadis Nabi s.a.w.:
Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya
Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)
7. Pemimpin itu hendaklah berakhlak, baik budi pekertinya dan menjadi teladan yang baik dalam semua tindak tanduknya.
Hadis Nabi s.a.w.:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi S.A.W bersabda : “Orang-orang
mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik
akhlaknya”.
(Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)
8. Pemimpin itu hendaklah menunaikan janji-janjinya kepada orang bawahannya.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah untuk
memimpin rakyat, lalu dia mati. Pada hari dia mati dalam keadaan dia
menipu rakyatnya, maka Allah telah mengharamkan syurga untuknya”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Jadi sahabat-sahabat sekalian itulah ciri-ciri pemimpin yang digariskan
dalam Islam, bukan mengatakan bahawa selain dari perkara ini tidak baik
tetapi agama haruslah diutamakan.
sUMBER :tintafaruq