KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER: Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
yang diperkenal Datuk Seri Najib Razak gagal menyelesaikan masalah asas
kos sara hidup, tetapi mewujudkan budaya pergantungan rakyat miskin
terhadap pemerintah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“BR1M bersifat politik kerana mewujudkan budaya pergantungan rakyat
termiskin sedangkan yang mereka perlukan adalah subsidi menurunkan kos
sara hidup, pendidikan dan peluang pekerjaan lebih baik serta bebas dari
kemiskinan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas kenaikan jumlah BR1M yang akan diumum kerajaan pada
Bajet 2014 Oktober ini, bertujuan meredakan kemarahan rakyat terhadap
kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel RM0.20 sen seliter berkuatkuasa 3
September lalu.
Rafizi berkata, kos ditanggung rakyat ekoran peningkatan harga minyak
jauh lebih tinggi ekoran barangan lain turut melonjak berbanding
pemberian BR1M setahun sekali.
“Pertama,
BR1M (kalaupun dinaikkan nilainya) tidak berpadanan dengan tanggungan
belanja isi rumah. Selain dari belanja petrol dan diesel meningkat RM752
setahun (nilainya lebih tinggi dari BR1M), setiap isi rumah juga
berdepan kenaikan harga barang secara keseluruhan akibat inflasi.
“Kedua, sekitar 40 peratus isi rumah sahaja menerima BR1M sedangkan
40 peratus golongan sederhana yang turut terkesan akibat lonjakan harga
minyak tidak dibantu,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.
Walaupun BR1M yang dilaksana sejak Januari 2012 untuk golongan
berpendapatan rendah, namun pada Februari tahun sama, media melaporkan
Pengerusi MCA Bera, Datuk Tang Hock Lok turut menerima bantuan ini.
Manakala pada Mac 2012, Demi Malam tidak layak terima BR1M walaupun
Orang Asal dari Hulu Langat Selangor itu tiada pendapatan tetap dan
masih menanggung empat anaknya termasuk seorang yang mengidap masalah
jantung.
Begitu juga dengan sepasang suami isteri Orang Asal dan memiliki lima
anak di Kampung Batu Gong Chini, Pahang ditolak dari menerima BR1M
walaupun Ismail Leh dan isteri, Fatimah Buka Kunci berpendapatan RM600
sebulan.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu