Dewan
Pemuda PAS Malaysia melihat usaha Jabatan-Jabatan Kerajaan seperti
Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen membuat operasi
besar-besaran berikutan dua kejadian besar yang menggemparkan negara
seperti pembunuhan kejam Pegawai Bank dan juga rompakan Kedai Emas oleh
Pengawal Keselamatan baru-baru ini. Rupa-rupanya terdedah disebalik dua
kejadian besar tersebut iaitu Pengawal
Keselamatan tersebut mempunyai Kad Pengenalan palsu dan pada hari ini
sahaja operasi yang serupa telah berjaya menangkap lebih sepuluh (10)
orang Pengawal Keselamatan yang mempunyai Kad Pengenalan palsu berjaya
di tahan dengan menggunakan kerakyatan Negeri Sabah dan kebanyakan
mereka datangnya dari Negara Filipina.
Dalam usaha yang telah
dilakukan oleh Jabatan Kerajaan tersebut, kami mengucapkan tahniah
kerana berjaya membongkar ‘kerakyatan palsu’ dalam negara kita. Sudah
tentu rakyat tertanya, adakah mereka yang memiliki Kad Pengenalan palsu
ini mendaftar juga sebagai pemilih bagi melayakan mereke mengundi setiap
kali Pilihan Raya di dalam negara kita? Dua kejadian tersebut secara
tidak langsung mendedahkan bahawa Malaysia kini di dalam bahaya dengan
suasana yang berlaku dan malah dengan beberapa tangkapan baru-baru ini
juga mendapati bahawa kebanyakan mereka memiliki Kad Pengenalan palsu
yang diperolehi dari Negeri Sabah khasnya. Adakah ianya berkaitan
‘Projek I/C’ yang pernah didedahkan? Bagaimana pula begitu mudah Kad
Pengenalan palsu ini yang menyerupai Kad Pengenalan rakyat Malaysia?
Kami mendesak agar Kerajaan Malaysia menubuh satu Jawatankuasa DiRaja
bagi menyiasat keselamatan Kad Pengenalan sedia ada kerana dicurigai
disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Bagi kami ini adalah isu
keselamatan dan semua pihak perlu bersatu menyokong usaha ini demi
keselamatan negara kita. Bagi kami pihak kerajaan jangan terlalu banyak
alasan bagi menafikan situasi genting ini. Persoalan kami, apakah
jaminan isu keselamatan terutamanya yang menembusi kerakyatan sedang
mereka warga asing yang bermaharaja mencabuli dan melakukan kekejaman
yang gagal diatasi oleh kerajaan yang menjadi tempat pelindung
rakyatnya!
DR. RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu