KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor menegaskan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan ditangguh sebaliknya
berkuat kuasa pada 1 Januari depan.
Beliau berkata mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan kenaikan itu
boleh mengemukakan bantahan atau rayuan kepada DBKL sebelum 17 Disember
ini.
Bagaimanapun, Tengku Adnan menjelaskan bahawa pembayar cukai boleh
menangguhkan pembayaran sehingga bulan Mac 2014, iaitu selepas DBKL
mendengar bantahan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.
"Kami boleh menangguhkan pelaksanaannya kerana pada 17 Disember, kami
akan mendengar semua bantahan dan Datuk Bandar serta panelnya akan
mengadakan satu prosiding yang dijangka memakan masa sekurang-kurangnya
tiga bulan sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan sebahagian Jalan Segambut yang dinaik taraf di sini
hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J.Loga Bala
Mohan memaklumkan persidangan Dewan Rakyat bahawa kenaikan kadar baharu
cukai pintu DBKL akan ditangguh sehingga Mac tahun depan bagi
membolehkan sesi pendengaran bantahan dilaksana mulai Januari depan,
yang dianggar mengambil masa tiga bulan.
Tengku Adnan juga berkata kajian semula kadar baharu cukai berkenaan
akan dibuat berdasarkan kadar sewaan dan bukan mengikut nilai hartanah
kerana ia lebih adil selain memberi kebaikan kepada rakyat.
Beliau berkata tindakan itu memberi keuntungan kepada rakyat kerana
cukai pintu akan ditaksir berdasarkan nilai sebenar hartanah.
"Saya menaikkan kadar sewaan (cukai pintu). Bagi tempoh 21 tahun lepas,
mereka mungkin mengutip sewa sebanyak RM6,000 (sebulan), dan kini
dengan kadar baharu cukai pintu, mereka boleh menyewakan (hartanah
mereka) pada kadar lebih tinggi, mungkin RM7,000 (sebulan). Jadi, mereka
tahun nilai sebenarnya," katanya.
Tengku Adnan turut memperjelas kaedah atau struktur cukai mengikut kadar sewaan hartanah.
"Katakan anda mendapat sewaan sebanyak RM500, anda kali dengan 12 dan
anda dapat RM6,000. Kami kenakan caj sebanyak enam peratus bagi jumlah
itu.
Katakanlah kadar sewaan anda ialah RM1,000 dan bukan RM500 sebulan,
jadi RM1,000 akan jadi RM12,000 maka kami akan caj enam peratus bagi
jumlah ini," katanya.
Beliau juga berkata DBKL mengambil beberapa langkah seperti menghantar
petugas melakukan pemantauan, menggunakan ejen hartanah, membuat iklan
dan kaji selidik melalui telefon bagi menentukan keberkesanan kajian
semula kadar cukai pintu mengikut kadar sewaan semasa.
Sinar Harian
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu