Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 6 November 2013

KERAJAAN RAKYAT SELANGOR.. BERITA BAIK TERKINI!!!

niknazmi
 

Peluang rasai jadi ‘Adun Muda’ di Selangor


SHAH ALAM 6 NOV : Mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS IPTA diberi peluang untuk merasai menjadi ‘ADUN Muda’ di Dewan Negeri Selangor.

Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, program ADUN Muda Selangor akan berlangsung pada 16-18 Disember ini.

Kata beliau, tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 November dengan hanya 30 peserta akan dipilih menyertai program ini.

“Perbahasan mereka akan dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh dan saya sendiri,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.

Pendaftaran program ini boleh dibuat secara online di http://www.adunmudaselangor.com. Syarat-syarat penyertaan serta maklumat lanjut boleh diperoleh di laman portal itu.

“Insya Allah, ini merupakan siri pertama Program ADUN Muda dan akan diteruskan pada masa hadapan,” kata beliau.

Peserta akan diberi peluang menyuarakan pendapat dan bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan polisi, khususnya yang memberi impak kepada golongan muda.

Selain itu turut diberi kesempatan mencadangkan usul bagi memperkenalkan undang-undang baru di Selangor.

Selangorku
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2