Kenyataan Umum
22 November 2013
Ejen CIA: Dang Wangi Menjadi Medan Mendesak Siasatan Ke Atas Pejabat Peguam Negara (AG)
Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan dakwaan Tun Mahathir yang
menyatakan terdapat dua agen perisik CIA dalam pejabat Peguam Negara
adalah sangat serius dan pihak polis wajar bertindak segera. Pengakuan
tersebut merujuk kepada akuan bersumpah Mat Zain (bekas ketua siasatan
jenayah PDRM).
Namun setelah 13 laporan
polis dibuat oleh SAMM bersama aktivis sekutu di seluruh negara sejak
Sabtu lalu, masih tiada tanda-tanda kertas siasatan dibuka terhadap
pejabat Peguam Negara dan juga terhadap Gani Patail. Ini amat
menggusarkan menyedari kesan daripada pengintipan ini memudharatkan
tanahair.
Paling ketara, beberapa keputusan
penting yang melibatkan pihak Peguam Negara dilihat menyebabkan negara
kerugian besar, malah Pulau Batu Putih juga tidak sepatutnya terlepas
dari kedaulatan tanahair. Peguam Negara Gani Patail telah mengetuai misi
mempertahan Pulau Batu Putih di mahkamah antarabangsa tetapi berakhir
dengan kegagalan.
Gani Patail dikatakan
turut disasar oleh Tun Mahathir sebagai ejen perisik langsung tidak
dipersoal di atas kekalahan tersebut. Malah timbul persoalan, apakah
Gani sengaja membenarkan Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura yang
menjadi sekutu rapat Amerika?
Antara lain,
kes PKFZ yang berakhir dengan pembebasan Ling Liong Sik tidak dirayu
oleh AG menjadikan kerugian berbilion ditinggal tanpa jawapan. Kes
pembunuhan Altantuya juga tidak dirayu lantas skandal rasuah berprofil
tinggi pembelian Scorpene yang juga melibatkan bilion ringgit terlepas
begitu sahaja.
Lantaran itu, SAMM meneruskan
lagi desakan dengan lebih serius supaya pejabat dan peguam negara
segera disiasat. Gani Patail harus ditahan segera kerana perbuatan
khianat, atau Tun Mahathir harus didakwa kerana menipu. Apa yang lebih
penting di sini ialah di mana tindakkan PDRM?
Justeru
itu, SAMM menyeru semua aktivis, pendokong parti dan orang ramai agar
bersama dalam satu aksi mendesak di hadapan IPD Dang Wangi pada 24
November (Ahad) bermula jam 2 petang.
Sekian
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)