Menteri akui warga Bangladesh antara teramai hijrah ke Malaysia
KUALA LUMPUR 26 NOVEMBER: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Tan Sri
Nazri Aziz mengakui warganegara Bangladesh antara teramai yang dibenar
tinggal di Malaysia dalam tempoh jangka panjang sejak Program Malaysia
Rumah Keduaku (MM2H) dilancar sehingga Ogos 2013.
Menurutnya, Bangladesh mencatat kedudukan ketiga teramai dengan
jumlah 2,603 daripada 22,320 warganegara asing dari 122 negara yang
diluluskan untuk tinggal di negara ini.
Katanya, China mencatat rekod tertinggi diikuti Jepun dan United Kingdom serta Iran berkedudukan selepas Bangladesh.
“Daripada jumlah ini, bilangan peserta teramai adalah dari negara
China (4,187), diikuti Jepun (2,880), Bangladesh (2,603), United Kingdom
(2,016), dan Iran (1,266),” kata Nazri.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Segambut,
Lim Lip Eng berhubung statistik warga asing yang berhijrah ke Malaysia
mengikut nama negara asal mereka dan tahun sejak program itu
diperkenalkan pada 2002.
Penjelasan ini sekaligus membuktikan kerajaan sebelum ini
berdolak-dalik dalam isu lambakan warga asing di negara ini termasuk
warganegara Bangladesh yang didaftar sebagai pemilih untuk mengundi
Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Menjelaskan mengenai cadangan meningkatkan kriteria bagi menyertai
MM2H, Nazri berkata, buat masa ini, Kementerian tiada cadangan untuk
mengubah kriteria bagi warganegara asing yang ingin menyertai program
tersebut dalam masa terdekat.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu