AKU
amat tidak setuju dengan sesetengah saranan dari pimpinan PR yang mahu
agar PAS boikot PRK Dun K.Besut yang akan diadakan nanti. Tiada asas
langsung untuk PAS memboikot PRK tersebut. Asasnya apa? Adakah kerana
kita bantah keputusan PRU 13 dan penipuan SPR maka kita patut boikot PRK
yang amat penting itu?
Jika itu sebagai asasnya,
alangkah baiknya juga kesemua MP dari PR juga tidak perlu mengangkat
sumpah di Parlimen baru-baru ini? Tentunya kesemua Adun dari PR juga
tidak perlu mengangkat sumpah dan kita tidak perlu wujudkan kerajaan
negeri, tidakkah lojiknya begitu? Mengapa MP dan Adun mengangkat sumpah
dan mengapa kita wujudkan kerajaan negeri atas nama PR? Adakah kita
telah bersetuju bahawa tiada penipuan di dalam PRU 13 yang lalu?
Biarlah kita buat keputusan yang bijak. Di dalam kita menentang
penipuan yang dilakukan oleh SPR, kita mesti menghantar wakil kita di
Parlimen dan Dun kerana desakan dan tekanan kepada SPR khususnya mesti
dilakukan melalui Parlimen dan Dun, mesti juga direalisasikan di luar
Parlimen/Dun oleh individu, kumpulan NGO, parti-parti politik dan
sebagainya. Apa jua bentuk dan pendekatan mesti kita sokong asalkan
tekanan kita kepada SPR lebih efisyen.
Apakah kita yakin,
tanpa wakil kita di Parlimen/Dun maka SPR akan berubah? Adakah dengan
memboikot PRK maka SPR akan faham tuntutan kita? Kita silap jika
memikirkan sedemikian, dan yang pasti adalah Umno/Bn kerana mereka akan
terus kekalkan Kerusi Dun K.Besut seterusnya mentadbir Terengganu dengan
amat mudah. Bukankah itu pengkhianatan kita kepada rakyat Terengganu
yang selama ini amat komited menyokong kita?
wfauzdin.blogspot
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu