DAP tanya ROS: Tunjuk bukti ahli mahu parti baru
DAP mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menunjukkan bukti bahawa
ahli-ahlinya ada menyimpan hasrat untuk menubuhkan sebuah parti baru
sepertimana beliau dilaporkan berkata demikian oleh akhbar harian milik
MCA, The Star semalam.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari
ini
berkata parti itu telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji apa yang
didakwanya "pembohongan terbaru" Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman.
Peguamnya juga telah diarahkan untuk mengkaji kemungkinan untuk memfailkan saman fitnah terhadap Abdul Rahman dan The Star kerana didakwa berbohong yang DAP menyimpan hasrat untuk menubuhkan sebuah parti baru.
Lim
menyifatkannya sebagai keterlaluan kerana pemimpin DAP tidak pernah
menimbang atau membangkitkan cadangan untuk menubuhkan sebuah parti baru
di dalam atau di luar mesyuarat jawatankuasa kerja pusatnya (CEC).
Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengulas laporan The Star semalam
yang memetik Abdul Rahman sebagai berkata ROS tidak mungkin akan
melayan permintaan ahli-ahli DAP untuk menubuhkan sebuah parti baru.
ROS
sedang menyiasat dakwaan penipuan sewaktu pemilihan CEC DAP yang mana
DAP telah menjelaskannya sebagai satu masalah teknikal yang berlaku
semasa pengiraan keputusan pada Disember tahun lepas.
DAP
kemudian mengumumkan keputusan baru, yang menyaksikan setiausaha politik
Lim dan yang kini MP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari terpilih
menganggotai CEC selepas gagal dalam keputusan awal.
Ini menyebabkan beberapa ahli yang tidak puas hati membuat laporan kepada ROS dan mendesak parti itu mendapatkan mandat baru.
Malaysiakini
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu