BERSIH 4.0 jika persempadanan semula tanpa bersih daftar pemilih
Gabungan reformasi pilihan raya, BERSIH, mengancam untuk mengadakan
perhimpunan besar-besaran jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan
persempadanan semula tanpa pembersihan daftar pemilih terlebih dahulu.
"...
apa yang saya boleh beritahu ialah kami akan melakukan yang terbaik
supaya (persempadanan semula) tidak berlaku sebelum daftar pemilih
dibersihkan.
"Ia adalah serius, iaitu mesej yang ingin saya
sampaikan," kata Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga kepada
wartawan selepas forum pembaharuan pilihan raya di ibupejabat Majlis
Peguam di Kuala Lumpur hari ini.
Ambiga masih berharap SPR tidak akan meneruskan persempadanan semula sehinggalah integriti daftar pemilih terjamin.
"Ianya
mudah, apa yang mereka perlu lakukan adalah mengatakan bahawa kita akan
berhenti dan bersihkan daftar pemilih terlebih dahulu," katanya.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata proses persempadanan semula akan bermula pada akhir tahun ini.
Malaysiakini