KUALA LUMPUR 17 JULAI: Kos lawatan luar negara RM44.1 juta Perdana
Menteri dan rombongannya langsung tidak mencerminkan konsep wasatiyah
yang dilaungkan.
“Langsung tak mencerminkan pendirian wasatiyah dan kesederhanaan yang
dilaungkan Perdana Menteri,” kata Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul
Iskandar Mohd Akin.
“Dalam keadaan rakyat menghadapi kenaikan harga barang, hutang isi
rumah meningkat, kerajaan langsung tidak sensitif ,” katanya kepada Keadilan Daily.
Dewan Rakyat hari ini diberitahu dalam jawapan bertulis kepada Nga
Kor Ming (DAP-Taiping) nilai lawatan antara Mac 2008 hingga Mei 2013
Najib Razak dan rombongannya bernilai RM44.1 juta.
Difahamkan, perbelanjaan mungkin termasuk ketika Najib memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Shamsul turut mempersoakan sama ada kos tersebut
merangkumi pembiayaan perbelanjaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri
Rosmah Mansor.
“Kita bimbang, kerana setiap tahun kerajaan minta belanjawan
tambahan. Sebab terdapat banyak laporan sebelum ini menyatakan isteri
Perdana Menteri suka berbelanja.
“Kita desak perincian perbelanjaan dibentangkan Jabatan Perdana Menteri,” tegas Shamsul.
keadilandaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu