Ramai yang bertanya kpd saya, benarkah PAS sedang menghadapi krisis kepimpinan yang serius? Ada kelompok kepimpinan, kem2 tertentu, diresapi fahaman Islam Liberal, menganut ajaran Syiah dll.
Saya mula2 berjinak dengan PAS sejak tahun 1985 dan secara resmi
sebagai ahli tahun 1986. Bermula sebagai ahli biasa yang menampal
poster, pasang bendera, kutip derma masa ceramah, kawal lalu lintas dan berbagai tugasan yg diamanahkan.
Dari ahli biasa, meniti hirarki kepimpinan sampai pada waktu ini.
Bergaul dengan macam macam jenis manusia melalui program pentarbiahan
dan dalaman parti; hingga percampuran dengan masyarakat di luar. Latar
belakang ahli tentulah berbeza. Ada yang dulunya Umno, Arqam, Tabligh,
Jim, Abim; hingga kepada penganut Tareqat dan sesetengahnya beramal
dengan ajaran yang 'pelik2' yg diwarisi sebelum menyertai PAS.
Alhamdulillah, manhaj tarbiah yang dipelolehi dari PAS atas nama Usrah,
Tamrin, Kuliah dan lain2 dapat menyelaraskan Wehdatul Fiqh dan Wehdatul
Amal. Namun, bezanya dalam PAS ialah keterbukaannya. Samada pandangan
pimpinan sendiri yg dinukilkan dalam buku2 yg diterbitkan seperti Tuan
Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hj Hadi, Ust Fadhil Nor, Hj Yusof Rawa, Ust
Yahya Osman(sekadar beberapa nama) atau Tokoh Gerakan Islam luar,
antaranya Yusof Qardhawi, Syed Qutb, Hassan Al Banna dan lain-lain,
ianya dijadikan sandaran ilmu dalam memperkasa jamaah, khususnya dasar
perjuangan PAS yang bersesuaian dalam konteks masyarakat majmuk di
Malaysia.
Dalam tempoh lebih 25 tahun bersama PAS, hari ini,
PAS telah berada di landasan yg terbaik. Berkembang dengan pesat,
organisasi yang kian tersusun dan tentunya jumlah ahli dan penyokong
jutaan orang. Saya melaluinya sendiri dari zaman Yusof Rawa hingga ke
era Tuan Guru Hj Hadi. Ahli PAS bebas memberi pandangan dan mengkritik
parti menerusi program dalaman, penulisan; hatta mesyuarat parti hingga
ke Muktamar Tahunan PAS. Seperti mana Ketua Cawangan PAS ditegur dalam
mesyuarat hinggalah Presiden PAS pun turut di kritik dan di nasihati
oleh AJK PAS Pusat dalam mesyuarat bulanannya.
Selain AJK PAS
Pusat, saya juga adalah anggota Lajnah Politik PAS Pusat dan berbagai
jawatankuasa lain yg ditubuhkan oleh parti. Ahli mesyuarat bebas
memberikan pandangan berasaskan tahap intelektual masing2. Kehebatan
berhujah adalah keistimewaan yg dimiliki termasuk Pesuruhjaya negeri2.
Presiden PAS selaku Pengerusi mesyuarat sangat terbuka dalam meraikan
semua pandangan. Presiden parti tidak menggunakan kuasa Veto, akur
keputusan bersama.
Saya merasai detik2 mendebarkan dan
perbincangan hangat tatkala memutuskan kedudukan Dato' Dr Hassan Ali,
polemik Kedah dan isu kerusi Kota Damansara. Namun, bagaimana panas
sekalipun, ia tetap dalam ruang lingkup akhlak. Maknanya, tidak benar
jika ada yg menuduh sesetengah AJK PAS Pusat bersikap kurang ajar dan
tidak wala' dengan keputusan mesyuarat.
Justeru, tidak benar,
hanya perbezaan pandangan dan kritikan tajam dianggap berpecah. Pimpinan
PAS kekal mantap dan dihormati kawan dan lawan
Kebiasaannya
mesyuarat di mulakan dengan Usrah, selesai mesyuarat yang kadangkala
berlarutan lebih 5 jam; kami makan bersama dalam suasana santai dan
penuh mesra. Apa yg didebatkan dalam mesyuarat meskipun berbeza
pandangannya, menjadi keputusan yg mesti dipatuhi. Semangat syura yg
hidup dan segar, menjadi rahsia kekuatan PAS hari ini.
Adalah
tidak benar apabila muncul tuduhan2 dalam fb, blog dll, kononnya ada
berbagai puak dlm parti, dakwaan tidak wala'; apatah lagi tuduhan
sesetengah pimpinan menganut fahaman tertentu. Jika ada aduan resmi,
maka Jawatankuasa Disiplin parti akan bicarakan dengan adil. Sejarah
pemecatan ahli dalam parti akibat kesalahan tertentu, ada dan jelas.
Saya tegaskan hal ini sebagai gambaran bahwa PAS sebenarnya sebuah
parti dan gerakan Islam yg mantap dan tentulah cabaran mengurus
organisasinya bukan mudah. Hakikatnya, PAS lebih mantap dari Umno dan
parti2 lain di Malaysia. Meskipun bersikap terbuka, tapi ada
peraturannya; kritiklah, tapi jangan membuat fitnah.
Melabel
pemimpin tertentu hingga timbul cakap2 untuk jatuhkan seseorang yg tidak
sehaluan adalah hak perwakilan. Tetapi adalah menyedihkan, jika tokoh
yg mahu ditolak itu adalah berdasarkan emosi semata2, marah atau sebab2
yg tidak jelas. Lebih malang, kalau tokoh itu sangat menyerlah, ada
wibawa; tapi tidak disenangi kerana kelantangannya.
Kita sayang
pada PAS, jamaah yg kita sertai berasaskan kefahaman dan kesedaran
kita. Daripada menuding jari dan melabel orang, lebih baik tumpukan pada
tanggungjawab yg diamanahkan. Tidak cukup masa kita untuk cari salah
orang lain, kalau kita sibuk dengan urusan perjuangan!.
Kita
sebuah parti yg kukuh, ada kerajaan yang kita kuasai pemerintahannya,
harapan rakyat terlalu tinggi kepada kita. Jangan buang masa berbalah.
Hentikan prasangka sesama kita.Eratkan perpaduan, perkukuh saf disemua
peringkat. Mainkan peranan masing2, samada berjawatan atau tidak.
Samada kita Ulama', Profesional, aktivis atau siapa pun kita; semuanya
bertanggungjawab kepada parti. Betulkan nawaitu, ikhlaskan diri kerana
Allah.
Teringat kata2 Tuan Guru Hj Abd Hadi, 'maqam taqwa ahli
biasa yg kerjanya hanya penampal poster boleh jadi lebih tinggi dari
Presiden parti'.
Dr Mahathir sokong Anwar jadi PM
-
[image: Mahathir sokong Anwar jadi PM]
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan
sokongan beliau kepada Ketua Umum PKR, Da...