SYABAS KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT - BERANI TANGGUNG RISIKO DEMI ISLAM
TABIK spring aku ucapkan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Ustaz
Nasruddin Tantawi kerana tetap tegas menolak larangan tazkirah Ramadhan
sepertimana yang dikeluarkan oleh Exco Agama Kerajaan Negeri Pahang.
Di dalam isu ini, memang wajar beliau bertindak tegas kerana Tazkirah
berkaitan ugama tidak akan menyebabkan perpecahan jauh sekali berlakunya
huru-hara di dalam masjid, sebaliknya sikap ingat mengingati itu akan
membawa kepada kebaikan dan kemakmuran. Jika berlaku pecah belah akibat
Tazkirah Agama, sudah pasti ianya datang dari golongan Iblis dan
Syaitan kerana makhluk ini semenjak zaman Nabi Adam lagi sememangnya
menentang Islam.
Keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu untuk menanggung risiko
andainya ditahan, ditangkap mahupun dipenjarakan akibat Tazkirah Agama
sepatutnya diberi pujian kerana perjuangan untuk mengembangkan Agama
Islam ini bukan mudah. Umat Islam akan terus bersatu dan mempertahankan
sesiapa sahaja yang dizalimi akibat dari kerja dakwah yang dituntut
itu. Jika ada golongan yang tidak akan mempertahankannya, tidak syak
lagi mereka itu golongan dari Iblis dan Syaitan sepertimana yang aku
sebut tadi.
Jika kita tidak mampu berbuat baik jauh sekali untuk mengembangkan
kebaikan, mengapa perlu larang orang lain untuk berbuat sedemikian?
http://wfauzdin.blogspot.com/