KUALA BESUT
-“Janji Tidak Ditepati”…itulah kata-kata yang boleh diungkap oleh
penduduk di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut yang rasa tertipu
dengan janji kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Ini kerana, Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said
sendiri yang berjanji kepada rakyat sebanyak 300 unit Pangsapuri Kos
Rendah akan dibina di Kuala Besut sekiranya Barisan Nasional mencapai
kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13.
Bahkan, Ahmad
turut membuat pengumuman rasminya meluluskan pembinaan 50 buah unit
rumah pangsa kos rendah secara percuma kepada penduduk penempatan PPRT
Pangkalan Atap yang terlibat dengan masalah ombak besar itu di lokasi
baru yang lebih selamat.
Sebaliknya, 300 unit Pangsapuri tersebut
kini terbengkalai dan tidak dapat disiapkan hingga terjadi seperti
projek ‘gajah putih’.
MB Terengganu membuat janji-janji manis
tersebut selepas menyampaikan wang bantuan kepada 48 mangsa air pasang
dan ombak besar di penempatan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
Pengkalan Atap dan Dana Bantuan Pakaian Sekolah, 14 Januari lalu.
Tinjauan
Harakah mendapati projek perumahan Pangsapuri yang terletak di Kampung
Kuala Besut tersebut terbengkalai serta tidak terurus.
Seorang
penduduk yang enggan disebut namanya mendakwa pemimpin Umno-BN Besut
berjanji kepada anak muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu untuk
mengagihkan Pangsapuri tersebut.
Katanya, sejumlah 3,000 orang dalam Dun Kuala Besut ini ‘dijanjikan’ rumah tersebut sedangkan hanya 300 unit yang disediakan.
“Kami
(penduduk) terutama anak-anak muda telah dijanjikan rumah di Pangsapuri
ini dengan syarat menangkan calon Umno-BN di Dun Kuala Besut ini.
Persoalannya, kenapa sampai 3,000 orang dijanjikan sedangkan rumah ada
300 unit sahaja,” soal beliau yang menjadi antara pemohon Pangsapuri
terbabit.
Hadir sama pada majlis tersebut ketika itu, bekas Ahli
Parlimen Besut, Dato’ Seri Dr Abdullah Md Zin, mantan Pengerusi
Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar,
Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, mantan Adun Jabi, Ramlan Ali dan Pegawai
Daerah Besut A Rahim Jusoh.
Sementara itu, Pengarah Jawatankuasa
Induk PRK Dun Kuala Besut, Dato’ Husam Musa berkata Kuala Besut perlukan
perubahan dan pembangunan.
Katanya, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya raya tetapi keadaan penduduk di Kuala Besut masih ramai yang miskin.
Ini
bermakna, kata Dato’ Husam, kekayaan hasil Petroleum sejak lebih 20
tahun lalu tidak berjaya mengubah masyarakat di Kuala Besut.
“Kuala
Besut ini perlukan perubahan dan negeri Terengganu adalah begitu kaya
sekali tetapi keadaan di Kuala Besut didapati masih ramai penduduk yang
miskin. Ini bermakna, kekayaan hasil Petroleum lebih 20 tahun dulu tidak
berjaya mengubah masyarakat di sini,” ujarnya kepada pemberita di Pusat
Penamaan Calon Pilihan Raya (PRK) N1 Kuala Besut, Dewan Serbaguna
Kompleks Rakan Muda, Daerah Besut.
Beliau yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Salor mendakwa kerajaan BN Terengganu sengaja
mengabaikan pembangunan di Kuala Besut kerana menganggap rakyat tetap
menyokong BN.
Namun, kata Dato’ Husam, senario politik Terengganu
akan berubah jika PAS berjaya memenangi PRK ini dengan menambah 16
kerusi Dun.
“Kenapa ini berlaku, kerana kerajaan Barisan Nasional
menganggap jika tidak ada perubahan (pembangunan) pun rakyat tetap
masih sokong mereka (BN).
“Tapi, kalau PAS menang (PRK) kali ini
dengan ada 16 kerusi dalam Dun Terengganu segala-galanya akan berubah.
RM1.8 bilion duit royalti setiap tahun akan digunakan sebaik-baiknya,
Insya’Allah,” ujarnya.
Menurutnya, pelbagai isu masyarakat setempat tidak selesai dan kerajaan Umno-BN terus berjanji setiap kali pilihan raya.
http://buletinonline.net
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu