MEMANG aku dah jangkakan, perbalahan akibat strategi masing-masing di
dalam menekan SPR akhirnya akan diambil kesempatan oleh pihak lain yang
sememangnya suka melihat kita sesama kita berbalah. Musuh masing-masing
tetap sama iaitu Umno dan SPR, tetapi melihat kepada perbalahan
seolah-olah kita sesama kita ini seperti musuh ketat zaman berzaman.
Di dalam FB Penyelaras SAMM, Chegu Bard aku lihat ada beberapa orang
yang mengambil kesempatan menghangatkan perbalahan kononnya di antara
Chegu Bard dengan Ketua Pemuda PAS. Ini timbul apabila TV3 suku bangsat
itu menyiarkan temubual YB Us Nasruddin Tantawi dengan pihak media di
Parlimen baru-baru ini. Memang TV3 suku dikenali sebagai lidah resmi
Syaitan yang pastinya akan sentiasa mencari ruang bagaimana untuk
mengelirukan penonton-penonton terutamanya yang bengap-bengap di
kampong. Maka, temubual atau soal jawab dengan Ketua Pemuda PAS itu
tidak disiarkan sepenuhnya oleh TV bangsat tersebut. Yang
di'highlight'kan adalah kenyataan YB Us Nasruddin Tantawi, "Saya terima
keputusan Pilihanraya..".
Maka, ramailah yang melatah dengan kenyataan itu. Hakikatnya, Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat itu terang-terang dan jelas menyebut bahawa
menolak sebarang bentuk penipuan Pilihanraya dan kepincangan sistem
demokrasi di negara ini. Bukankah beliau juga hadir sewaktu Himpunan
Rakyat Blackout 505 di Padang Merbok baru-baru ini? Bukankah itu salah
satu cara atau pendekatan kita untuk menunjuk rasa tidak puas hati serta
menuntut agar Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan? Jadi,
mengapa cepat sangat melatah?
Anak muda terutamanya warga SAMM telah melaksanakan pendekatan mereka
tersendiri yang sememangnya kita hormati dan sokong. Perkhemahan
sekumpulan anak muda di Padang Merbok seterusnya berarak di depan
Parlimen juga ramai yang sokong. Walaupun ada di antara mereka itu
menyalak memaki hamun MP-MP dari PR yang mengangkat sumpah, bagi aku itu
bukan suara SAMM. Masakan SAMM beraksi seperti orang hilang akal. Aku
dengar khabar suara itu datangnya dari 'kumpulan Anarki" Siapa tu?
Berhenti setakat itu isu tersebut sebab aku sudah ulas di dalam artikel
aku sebelum ini. Cuma, aku mahu beritahu kita kena berhati-hati kerana
telah mula ada puak Syiah yang sememangnya amat bermusuh dengan PAS kini
telah mula meresap ke dalam FB di kalangan kita. Mereka mainkan
peranan menjadi batu api laga-lagakan anak-anak muda dengan PAS. Salah
seorang dari mereka ada menyebut bahawa anak-anak muda yang berhimpun
dan berarak itu telah di'kencing' oleh Pemuda PAS. Batu api ini memang
kerja Syiah yang kini setiap hari dilaknat oleh umat-umat Islam di
negara kita.
Sehubungan itu, berhati-hatilah. Jika anak-anak muda ini ingin
meneruskan silat gayung mereka dengan Pemuda PAS, silakan dengan
hujah-hujah kamu, tetapi jika puak-puak Syiah ini datang, berpakatlah
kamu untuk sepak terajang Syiah yang sesat itu. Syiah tidak akan senang
hidup mereka selagi wujudnya Ahli Sunnah Wal Jamaah.
http://wfauzdin.blogspot.com