HIMPUNAN 505 di jadualkan di Padang Merbuk, KL pada 15 Jun ini adalah
satu perhimpunan AMAN. Rakyat Malaysia masih beradab dan bersopan di
dalam menyuarakan bantahan, buktinya di dalam beberapa siri Himpunan
Rakyat Black 505 di beberapa negeri sebelum ini berjalan dengan penuh
aman, tidak seperti yang berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan
baru-baru ini di dalam Perlawanan Bolasepak Separuh Akhir Pertama, Piala
FA di antara Pahang menentang Johor DT.
Khabarnya permohonan untuk menggunakan Padang Merbuk, KL masih menemui
jalan buntu. Kita tidak kisah apa pun mainan mereka kerana rakyat sudah
lali dengan mainan jijik seperti ini. Pihak berkuasa berkata, permit
boleh diberikan asalkan pemilik padang tersebut membenarkan padang
mereka untuk digunakan. Pemilik padang pula menyatakan pihak mereka
tiada masalah untuk membenarkan padang itu digunakan asalkan pihak
penganjur mendapat kebenaran dari pihak berkuasa. Mainan apakah ini?
Di sebalik ini semua, terdapat pula di kalangan kita menyebut kita
sertai himpunan ini kerana 'terpaksa". Siapa yang memaksa mereka?
Semenjak bila kita menganjurkan perhimpunan dengan 'memaksa' orang?
Dari Himpunan BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, Himpunan HKL, Himpunan
Black 505 dan beberapa himpunan kecil yang lain, adakah kita dipaksa?
Apa yang kita tahu, kumpulan yang menyebut 'terpaksa' itu pun tidak
pernah nampak batang hidung mereka di dalam setiap perhimpunan jauh
sekali dari dapat menghidu gas FRU.
Amat malang sekali golongan seperti ini. Mereka di kalangan orang yang
sepatutnya meniupkan semangat Jihad tetapi begini lagak mereka. Jika
kamu tidak berminat atau gentar untuk hadir himpunan aman, usah banyak
membebel kelak kamu tidak lagi dihormati. Jika kamu rasa 'terpaksa'
hadir, lebih baik jangan hadir kerana kamu akan menyemakkan mata
memandang. Hadirlah dengan Nawaitu yang jelas iaitu untuk
memperjuangkan keadilan dan menentang penipuan, InsyaAllah, dapat pahala
dari Allah SWT.
wfauzdin.blogspot.com